Sijil Khas Pembuatan Seramik
Sinopsis Program
Program Sijil Khas Pembuatan Seramik ditawarkan bertujuan untuk menghasilkan graduan berkeperluan khas masalah pembelajaran yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri pembuatan seramik. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin iaitu Bahan dan Peralatan Asas, Teknik Binaan Tangan, Teknik Lemparan Alin, Teknik Pembuatan Model, Teknik Pembakaran Seramik, Lukisan 2 Dimensi dan Lukisan 3 Dimensi, Reka Bentuk Seramik Studio, Reka Bentuk Seramik Industri, Pemasaran Produk, Dekorasi Seramik, Projek Seramik Studio dan Projek Seramik Industri. Pelajar wajib mengambil kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Komunikasi, Kokurikulum, dan Asas Keusahawanan. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan dunia kerjaya yang sebenar. Latihan industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembuatan seramik. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
- Pekerja Industri Seramik
- Usahawan Seramik
- Pembantu Modeller
- Material Store Assistant
Syarat Kemasukan
Pelajar berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran)
- Warganegara Malaysia
- Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
- Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
- Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan
kembali ke atas