Sijil Khas Ikan Hiasan
Sinopsis Program
Program Sijil Khas Ikan Hiasan (KAQ) direka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan TVET yang holistik, berdaya saing dan berilmu pengetahuan serta berkemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri ikan hiasan. Program ini mendedahkan pelajar kepada keseluruhan aspek berkaitan pembiakan, tumbesaran, penuaian hasil, pembungkusan dan pemasaran produk ikan hiasan. Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan pembangunan sahsiah diri, nilai keusahawanan dan kemahiran komunikasi. Program ini juga akan melahirkan pelajar dengan kemahiran insaniah bagi membentuk modal insan yang berdaya saing dalam industri ini.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang akuakultur (ikan hiasan). Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
- Usahawan Ikan Hiasan
- Pembiak baka Ikan Hiasan
- Peniaga Ikan Hiasan Atas Talian
- Pembekal Ikan Hiasan
- Pembekal Makanan Ikan Hiasan
Syarat Kemasukan
Pelajar berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran)
- Warganegara Malaysia
- Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
- Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
- Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan
kembali ke atas