Asasi Teknologi Kejuruteraan

Sinopsis Program


Program TVET Berciri Advanced TVET In Higher Education

Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (dahulunya dikenali sebagai Asasi TVET) bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. 

Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan  pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

Pembangunan kurikulum Program Asasi Teknologi Kejuruteraan direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi Teknologi Kejuruteraan yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa. 

Tempoh pengajian bagi Program Asasi Teknologi Kejuruteraan adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan


Kelebihan/Keunikan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan


Lepasan program Asasi Teknologi Kejuruteraan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana  EMPAT (4)  universiti dibawah  MTUN iaitu  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM ) dan  Universiti Malaysia Pahang (UMP) .


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Matematik
    3. Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Sains
    4. DUA (2) dalam mana-mana matapelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran,pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.