Program TVET Berciri Advanced TVET In Higher Education
Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (dahulunya dikenali sebagai Asasi TVET) bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.
Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.
Pembangunan kurikulum Program Asasi Teknologi Kejuruteraan direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi Teknologi Kejuruteraan yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.
Tempoh pengajian bagi Program Asasi Teknologi Kejuruteraan adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan
Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.