Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)

Sinopsis Program


Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) dibentuk untuk melahirkan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam sub-bidang teknologi kimia, oleokimia serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran makmal kimia terutama dalam bidang lemak dan minyak serta pendidikan oleokimia di peringkat separa professional untuk memenuhi tuntutan kedua-dua sector awam dan swasta. Matlamat program ini adalah untuk melengkapkan graduan masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak), serta kemahiran pengurusan dalam persekitaran perniagaan untuk membina kerjaya mereka dalam sektor berkaitan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan serta pendidikan siswazah dan pembelajaran sepanjang hayat.Setiap kursus yang dibentuk adalah mengikut kehendak industri dimana graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.Program ini direka dan ditanda aras dengan badan-badan profesional yang berkaitan di Malaysia, iaitu Institut Kimia Malaysia (IKM), Persatuan Saintis Oil Malaysia dan Teknologis (Mosta) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sector pekerjaan seperti institusi pendidikan, pusat penyelidikan, sector kerajaan contohnya Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, dan sector swasta seperti industri kimia, industri makanan, industri oleokimia, industri pemprosesan minyak ,industri pembungkusan dan syarikat bioteknologi.

Prospek Kerjaya


  • Penolong Pegawai Pemprosesan Oleokimia (Lemak Dan Minyak)
  • Penolong Pegawai Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
  • Penyelia Kosmetik Dan Kelengkapan Peribadi (Toiletries)
  • Penolong Pegawai Penyelidik (Research Assistant)
  • Juruteknik Dalam Pemprosesan Dan Unit Operasi
  • Penolong Juteran Pelaksanaan (Procurement)
  • Penyelia Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
  • Penolong Pegawai Kawalan Mutu Makanan
  • Penolong KawalanKualiti (Quality Control)
  • Penolong Analisis Makanan
  • Penolong Jurutera Projek
  • PenolongFarmaseutikal
  • Eksekutif Pengeluaran
  • Penyelia Makmal
  • Usahawan
  • Pemasaran


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata pelajaran Sejarah 1251
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
 Agroindustri
 Agroindustri Tanaman
 Agroindustri Ternakan
 Agroindustri Ternakan Poultri
 Agroindustri Ternakan Ruminan
 Akuakultur
 Bakeri & Pastri
 Bioteknologi
 Industri Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Insuran
 Kesetiausahaan
 Kosmetologi
 Landskap
 Multimedia Kreatif Animasi
 Operasi Pembuatan Perabot
 Operasi Pemesinan Pemasangan
 Pelancongan
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa
 Pemasaran
 Pembinaan Bangunan Residensi
 Pemprosesan Makanan
 Pendidikan Awal Kanak-kanak
 Pengajian Awal Kanak-kanak
 Pengurusan Pelancongan
 Pengurusan Perniagaan
 Pengurusan Peruncitan
 Pentadbiran
 Penyejukan & Penyamanan Udara
 Perakaunan
 Peralatan Elektronik
 Poultri Akuakultur
 Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
 Rekabentuk Grafik Industri dan Media Cetak
 Seni Bina
 Seni Bina Landskap
 Seni Kraf Barang Kemas
 Seni Kulinari
 Seni Reka Batik
 Seni Reka Fesyen
 Senibina Landskap
 Sistem Komputer dan Rangkaian
 Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Tanaman Agroindustri
 Tanaman Agroindustri (Hortikultur)
 Teknologi Automotif
 Teknologi Elektrik
 Teknologi Elektrik Teknologi Kimpalan
 Teknologi Elektroni
 Teknologi Elektronik
 Teknologi Kimpalan
 Teknologi Kimpalan Teknologi Automotif
 Teknologi Maklumat
 Teknologi Marin
 Teknologi Mekanisasi
 Teknologi Mekanisasi Agro
 Teknologi Pembinaan
 Teknologi Pembinaan Teknologi
 Teknologi Pembuatan Bot
 Teknologi Pemesinan
 Teknologi Pemesinan Industri
 Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
 Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian Teknologi
 Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Ternakan Poultri
 Ternakan Ruminan
 Troubleshooting Peralatan Elektronik

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.