DIPLOMA DALAM TEKNOLOGI MAKANAN dibangunkan
untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
teknologi makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam
industri makanan, sektor kerajaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Struktur
program memberi tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan
Kualiti Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Analisis makanan
menggunakan Instrumen terkini dan kursus elektif.
Pemprosesan makanan terdiri daripada
Teknologi Produk berasaskan Ternakan dan Teknologi Produk Tanaman. Bidang
Teknologi Makanan juga merangkumi aspek penilaian makanan daripada segi
kandungan mikroorganisma serta penghasilan produk makanan menggunakan
mikroorganisma yang banyak diaplikasikan dalam industri. Kursus lain termasuklah
kajian tentang kandungan Kimia dalam Makanan, Biokimia Makanan, Asas Statistik
untuk Sains Makanan, Keselamatan Makanan, Analisis Kualiti Makanan, Asas
Kejuruteraan Makanan, Pembungkusan Makanan, Pengawetan Makanan, Teknologi Lepas
Tuai, Analisa Penilaian Deria Makanan, Pemakanan dan Kesihatan , Teknologi
Lemak dan Minyak, Teknologi Bakeri dan Projek Inovasi Produk Makanan Baharu.
Bahasa Inggeris untuk Komunikasi, Matematik Kejuruteraan dan pengajian Malaysia
juga turut diajar dalam program ini.
Para graduan boleh mendapat pekerjaan dalam
pelbagai sektor pekerjaan seperti institusi pendidikan, industri makanan,
syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sektor kerajaan seperti Jabatan
Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM,
Jabatan Sumber Manusia dan sektor swasta seperti industri makanan, makanan
segera, industri kimia dan industri pembungkusan. Pekerjaan yang berpotensi
termasuk:
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
Sijil Teknologi Makanan | |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan | |
Sijil Pemprosesan Makanan Komersil | |
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan | |
3 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
Juruteknik Kanan Makmal Analitikal (BT-022-3) | |
Juruteknik Kanan Makmal Bioteknologi Umum (BT-020-3) | |
Juruteknik Kanan Makmal Kultur (BT-021-3) | |
Pengeluaran Makanan (AF-018-3:2014) | |
Penyediaan & Pembuatan Makanan (HT-012-3:2012) | |
Penyelia Bioproses (BT-041-3) | |
Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan (Y-040-3) | |
Penyeliaan dan Operasi Makanan Segera (HT-031-3:2016) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.