Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
Sinopsis Program
Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan ditawarkan selaras dengan perkembangan industri logistik yang memacu pertumbuhan ekonomi negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar di dalam bidang logistik dan rangkaian bekalan seperti pengurusan logistik, pengurusan inventori, pemasaran antarabangsa, pengurusan operasi, teknologi maklumat logistik dan rangkaian bekalan serta keusahawanan. Maklumat yang terkandung di dalam program ini dapat membantu pelajar melaksanakan dan mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan industri pengurusan logistik dan rangkaian bekalan.
Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan boleh menceburi bidang kerjaya sebagai :
• Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan
• Penolong Pengurus Logistik
• Penolong Pengurus Pembelian
• Penolong Pengurus Import Eksport
• Penolong Pengurus Pembekalan
• Penolong Pengurus Kargo
• Penolong Pengurus Pusat Pengedaran
• Penolong Pengurus Kawalan Inventori
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Pemasaran |
| Sijil Pemprosesan Data |
| Sijil Pengajian Perniagaan |
| Sijil Penyimpanan Kira |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Pengoperasian Perniagaan |
| Sijil Perkhidmatan Logistik |
3 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| FORWARDING OPERATION SUPERVISOR (FB-011-3) |
| LOGISTIC SUPERVISOR (FB-015-3) |
| Operasi Penghantaran (FB-011-3:2013) |
| Operasi Perkhidmatan Kurier (IL-011-3:2012) |
| Operasi Perkhidmatan Pengagihan & Penggudangan (IL-012-3:2012) |
| Penyelia Flit (FB-013-3) |
| PENYELIA OPERASI PENGHANTARAN (M-020-3) |
| Penyelia Setor (FB-012-3) |
| Penyeliaan Operasi Logistik (IL-013-3:2014) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas