Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
Sinopsis Program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif) diwujudkan bagi menampung keperluan secara meluas bidang kejuruteraan bagi pengkhususan di dalam rekabentuk pembuatan automotif. Diploma ini member pengetahuan dan kemahiran melalui penawaran kursus teras dalam Kejuruteraan Mekanikal seperti Teknologi Elektrik , Lukisan Kejuruteraan , Teknologi Bengkel Mekanikal , Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Sains Bahan, Pneumatik & Hidraulik dan Kejuruteraan Mekanik. Kursus pengkhususan tertumpu kepada bidang pembuatan dan rekabentuk automotif termasuklah Asas Automotif, Amalan Bengkel Automotif, CAD/CAM, Analisis Kejuruteraan Automotif, Rekabentuk Produk Automotif, Proses Pembuatan Automotif, Ergonomik dan Rekabentuk Bagi Persekitaran
Prospek Kerjaya
Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh diaplikasi di dalam industry automotif dan pembuatan. Hasil pembelajaran membolehkan pelajar mendapat peluang kerjaya sebagai :-
• Pembantu Jurutera ( Assistant Engineer)
• Pembantu Juruteknik ( Assistant Technician)
• Penyelia Rekabentuk Produk Automotif ( Automotive Product Design Supervisor)
• Perekaalat/ acuan /produk ( Tool Maker/ Mold / Product Designer)
• Perancang pengeluaran/ proses ( Manufacturing / Process Planner)
• Pakar Teknikal ( Technical Specialist)
• Juruteknik Kawalan Mutu ( Quality Control Technician )
• Juruteknik Proses ( Process Technician )
• Juruteknik Selepas Pembelian ( Purchasing Technician )
• Pengajar Vokasional ( Vocational Educator)
• Precision Machinist
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda |
| Sijil Penyenggaraan Industri |
| Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) |
| Sijil Servis Kenderaan Ringan |
| Sijil Teknologi Automotif |
| Sijil Teknologi Pembuatan |
| Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara |
| Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda |
| Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri |
| Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi |
2 | Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM |
| Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) |
| Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan) |
| Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk) |
| Sijil Kejuruteraan Pertanian |
| Sijil Teknologi Automotif |
| Sijil Teknologi Kimpalan |
3 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan |
| Sijil Teknologi Kimpalan |
4 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| Kawalan Pengeluaran Fabrikasi Peralatan Bertekanan (Logam) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas