Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
Sinopsis Program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik Seberang Perai merupakan satu – satunya program mekanikal yang dibangunkan menjurus kepada bidang kerjuruteraan tekstil. Dengan tempoh pembelajaran selama enam semester, kursus – kursus berkaitan teori asas kejuruteraan dengan pendedahan terhadap latihan praktikal diberikan oleh pensyarah yang berkepakaran dalam bidang untuk membantu pelajar sentiasa memahami konsep utama mekanikal tekstil melalui pelbagai kaedah pembelajaran terkini. Struktur utama kursus – kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah tertumpu kepada aspek utama Kejuruteraan Mekanikal secara amnya dan kejuruteraan tekstil secara khusus. Program ini juga membolehkan pelajar mendalami pelbagai peringkat pemprosesan tekstil yang bermula dari teknologi serat, hingga teknik penghasilan fabrik yang merupakan pengetahuan asas teknologi tekstil kepada pelajar.Selain itu, rekabentuk struktur fabrik, pewarnaan, kemasan tekstil, pengujian tekstil serta teknologi hijau dalam pemprosesan tekstil juga diberikan penekanan agar melengkapi keperluan industry secara mampan. Revolusi industry tekstil kini mendorong perkembangan program ini dengan menitikberatkan keperluan teknologi terkini yang diperlukan oleh industry semasa,melalui pendedahan terhadap pelajar dalam industry tekstil perubatan, geotekstil, tekstilteknikal, tekstil komposit serta pengaplikasian industri 4.0 dalam industry tekstil, bakal dilihat mampu member kelebihan terhadap graduan kelahiran program ini untuk terus bersaing. Aspek kemahiran yang diperlukan untuk menilai kualiti fabric dan penggunaan pelbagai rekabentuk fabric mengikut pasaran semasa juga diterapkan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta menjadi nilai tambah kepada pelajar. Dengan penawaran kursus yang relevan dan terkini, program ini bakal menghasilkan pelajar cemerlang yang holistic serta kompeten dalam memenuhi keperluan industry serta dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan seperti penyelia kawalan kualiti tekstil, penyelia teknikal, penyelidik sains tekstil, juruteknik makmal dan mesin tekstil, ahli kimia tekstil, dan usahawan digital dalam bidang tekstil yang sentiasa mengamalkan pemikiran yang dinamik dan kritis serta melahirkan pekerja yang mampu menghadapi cabaran globalisasi industry tekstil dunia.
Prospek Kerjaya
• Penyelia kawalan kualiti tekstil
• Penyelia teknikal tekstil
• Penyelidik sains tekstil
• Juruteknik makmal dan mesin tekstil
• Ahli kimia tekstil
• Usahawan digital tekstil
• Penolong jurutera
• Teknokrat tekstil
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
*Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas