Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)

Sinopsis Program



Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ini memberi pendedahan asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan plastik serta penyenggaraan peralatannya. Kursus pengkhususan adalah:

Proses Pengeluaran Plastik 
Rekabentuk Produk Plastik 
Amalan Bengkel Plastik 
Bahan Plastik 
Pengalatan Prototaip Pantas 
Teknologi Plastik dan
Rekabentuk Acuan& Die Plastik

Di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu ambil. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri plastik dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain. 

Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 

Pelajar akan menjalani latihan industry dalam semester akhir bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerjaamali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk   member peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usahasama. Lulusan diploma   boleh melanjutkan pelajaran mereka keperingkat ijazah pertama di Universiti. 


Prospek Kerjaya


Terdapat 1300 industri pengeluaran produk plastik di Malaysia (www.mpma.org.my).
Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
Penyelia Juruteknik/Unit Kejuruteraan Mekanikal
Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal
Perekabarangan plastik
Juruteknik pengeluaran produk plastik
Pembantu Jurutera Projek
Pembantu Jurutera Kualiti
Pembantu Jurutera Proses
Pembantu Jurutera Khidmat Pelanggan
Pereka Acuan Plastik
Pembantu Pegawai Penyelidik

Peluang Menyambung Pengajian:
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Pahang
Universiti Teknikal Melaka
Universiti Tun Hussien Onn
Universiti  Teknologi Malaysia


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

*Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.