Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
Sinopsis Program
Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) ini mendedahkan pelajar kepada disiplin kejuruteraan mekanikal dari aspek teori dan praktikal dengan pengkhususan tambahan dalam bidang pembungkusan. Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas. Kursus pengkhususannya meliputi Prinsip Pembungkusan, Bahan Pembungkusan & Pembuatan, Reka Bentuk Pembungkusan, Pencetakan Untuk Pembungkusan, Operasi Talian Pembungkusan, Pembungkusan Gunaan, Amalan Bengkel Pembungkusan dan Projek.Kursus teras adalah Teknologi Wokshop, Lukisan Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Elektrik, Mekanik Bendalir, Lukisan Terbantu Komputer 1, Thermodinamik, Mekanik Kejuruteraan, Kajidaya Bahan dan Pneumatik & Hidraulik.Kursus elektif yang ditawarkan termasuk Lukisan Terbantu Komputer 2, Kawalan Kualiti, Pengurusan Pengindustrian dan Instrukmentasi & Kawalan. Kursus umum adalah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pekerjaan Keselamatan & Kesihatan (OSH) dan Keusahawanan. Kursus Wajib termasuk Pengajian Malaysia, Bahasa Inggeris,Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi & Penyiaran Islam dan Kokurikulum akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembungkusan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri mekanikal dan pembungkusan. Pelajar akan dapat mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:
• Penolong Jurutera
• Junior Engineer
• Penolong Pengurus Penyelenggaraan
• Penolong Teknikal
• Juruteknik Makmal
• Pengajar Teknikal atau Pensyarah
• Eksekutif Jurujual Teknikal
• Penyelia
• Pegawai Kualiti
• Pembantu Logistik
• Pembantu Pengurus Pembelian
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
*Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas