Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal

Sinopsis Program


Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal memperkenalkan pelajar kepada amalan halal dalam industry perkhidmatan makanan. Ia menyediakan pemahaman yang luas serta kompetensi yang diperlukan dalam industry perkhidmatan makanan halal seperti profesionalisma dan perkhidmatan pelanggan, pengetahuan asas makanan halal dan industry makanan, standard halal, sanitasi di dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan timur dan barat, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, undang-undang makanan dan aspek undang-undang, operasi perkhidmatan makanan komersil, pengurusan acara, kawalan kos makanan dan minuman dan pengurusan sumber manusia. Amalan hospitality mesra muslim dan rekabentuk susun atur kemudahan perkhidmatan makanan juga diterapkan di dalam program ini. Ia menggabungkan amali dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar akan menjalani enam bulan latihan industriyang berstruktur untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan supaya mereka memasuki alam pekerjaan dengan penuh dedikasi setelah tamat pengajian. 

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penyeliaan atau pengurusan dalam industry perkhidmatan makanan halal. Mereka mempunyai peluang kerjaya dalam bidang pengeluaran makanan halal, perkhidmatan makanan halal atau pengeluaran makanan halal seperti:

Penyelia Makanan dan Minuman
Penyelia Restoran
Eksekutif  Halal (Muslim Sahaja)
Usahawan
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27
Pegawai Kualiti Makanan
Pegawai Jaminan Kualiti Makanan
Penyelia Penjualan Makanan
Eksekutif Perkhidmatan Makanan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Bahasa Melayu
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut:
    • Certificate in Culinary Arts
    • Certificate in Food & Beverage Service
    • Certificate In Recreational Tourism
    • Certificate in Room Division
    • Sijil Bakeri dan Konfeksionari
    • Sijil Hotel dan Katering
    • Sijil Kulinari
    • Sijil Operasi Perhotelan
    • Sijil Pastri
    • Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
    • Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
    • Sijil Pemprosesan Makanan Komersil
    • Sijil Pengembaraan Pelancongan
    • Sijil Pengendalian Acara
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pengurusan Hotel dan Katering
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Certificate in Culinary Arts
 Certificate in Food & Beverage Service
 Certificate In Recreational Tourism
 Certificate in Room Division
 Sijil Bakeri dan Konfeksionari
 Sijil Hotel dan Katering
 Sijil Kulinari
 Sijil Operasi Perhotelan
 Sijil Pastri
 Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
 Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
 Sijil Pemprosesan Makanan Komersil
 Sijil Pengembaraan Pelancongan
 Sijil Pengendalian Acara
 Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.