Diploma Pelancongan Rekreasi
Sinopsis Program
Diploma Pelancongan Rekreasi akan memberikan pelajar pemahaman yang luas tentang rekreasi iaitu sebahagian daripada industri pelancongan. Iadibangunkan bagi memenuhi kecekapan yang diperlukan dalam bidang pelancongan dan rekreasi. Program ini merangkumi reka bentuk dan penyelenggaraan kemudahan rekreasi, pengurusan resort, perkhidmatan interpretasi alam, pelancongan rekreasi, dasar, psikologi rekreasi dan sumber rekreasi. Aspek asas rekreasi dan rekreasi yang lain adalah seperti asas rekreasi, keusahawanan digital, perkhidmatan pelanggan, pemasaran, kesihatan dan keselamatan, pengurusan risiko dan perkhidmatan mesra hospitaliti. Diploma Pelancongan Rekreasi adalah program sepenuh masa tiga tahun yang terdiri daripada enam semester dengan satu semester penuh latihan industri berstruktur. Asas pengetahuan perindustrian yang kukuh serta kemahiran penting berkaitan pelancongan dan rekreasi yang diperolehi pelajar membolehkan mereka berperanan dalam ekonomi setelah tamat pengajian.
Prospek Kerjaya
Graduan program ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyeliaan bersepadu atau peranan pengurusan dalam bidang Pelancongan dan Rekreasi. Laluan kerjaya termasuk:
• Penyelia Taman Hiburan
• Penyelia / Penyelaras Acara
• Penyelia / PenyelarasTaman
• Penyelia / Penyelaras Kelab
• Penyelia / Penyelaras Resort
• Perunding / Penyelaras Pengurusan Riadah
• Penyelia / Perunding Aktiviti Luar
• Pemandu Pelancong Alam Semulajadi
• Pemandu Pelancong
• Penafsir Alam
• Penafsir Warisan
• Penyelaras Lawatan
• Perunding Pelancongan
• Penyelia / Penyelaras Kemudahan Kemudahan Rekreasi
• Usahawan dalam Pelancongan dan Rekreasi
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Bahasa Melayu
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut:
- Certificate in Culinary Arts
- Certificate in Food & Beverage Service
- Certificate In Recreational Tourism
- Certificate in Room Division
- Sijil Bakeri dan Konfeksionari
- Sijil Hotel dan Katering
- Sijil Kulinari
- Sijil Operasi Perhotelan
- Sijil Pastri
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Pengembaraan Pelancongan
- Sijil Pengendalian Acara
- Sijil Pengendalian Pelancongan
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Certificate in Culinary Arts |
| Certificate in Food & Beverage Service |
| Certificate In Recreational Tourism |
| Certificate in Room Division |
| Sijil Bakeri dan Konfeksionari |
| Sijil Hotel dan Katering |
| Sijil Kulinari |
| Sijil Operasi Perhotelan |
| Sijil Pastri |
| Sijil Pelancongan dan Pengembaraan |
| Sijil Pengembaraan Pelancongan |
| Sijil Pengendalian Acara |
| Sijil Pengendalian Pelancongan |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas