Diploma Teknologi Hortikultur Landskap
Sinopsis Program
Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL) adalah program pengajian sepenuh masa selama 3 tahun (6 semester) yang terdiri daripada 5 semester akademik dan satu semester latihan industri. Program ini merangkumi pelbagai disiplin dalam hortikultur landskap yang direka bagi menampung permintaan dalam bidang landskap dan hortikultur dengan pengkhususan dalam bidang Hortikultur, Pengeluaran Tanaman, Penjagaan Tanaman, Reka Bentuk Landskap, Teknologi Landskap, Pembangunan Landskap, dan Pengurusan Landskap. Program ini turut memperkenalkan teknologi terkini yang digunakan dalam bidang hortikultur landskap seperti IR 4.0, Internet of Things (IoT), perisian 3D dan Kecerdasan Buatan (Al).
Penggunaan teknologi dalam program ini menyediakan tenaga kerja yang mahir dan terlatih yang diperlukan untuk memenuhi kehendak dan cabaran pada masa akan datang. Kursus kursus teknologi yang ditawarkan oleh program ini merangkumi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Sains Tanaman, Pengenalan kepada Hortikultur Landskap, Landskap Grafik, Sains Tanah, Pengurusan Nurseri, Pengenalan Tanaman, Landskap Komputer Grafik, Pengurusan Rumput Turf, Penjagaan Kesihatan Tumbuhan, Asas Rekabentuk Landskap, Pembinaan dan Pemasangan Landskap, Pematuhan Teknologi Hijau, Rekabentuk Landskap, Projek Proposal, Teknologi Landskap, Penyelenggaraan Landskap, Arborikultur, Pengurusan Projek Landskap, Projek Hortikultur Landskap, Fotografi, Praktis Etika dan Profesional, Integrasi Aquascape dan Teknologi Hortikultur Bandar. Pelajar juga akan didedahkan dengan latihan industri bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman yang lebih mendalam daripada pihak industri berkaitan.
Kursus-kursus lain yang ditawarkan seperti Teknologi Matematik, Komunikasi Inggeris, Kursus Integriti dan Anti Rasuah, Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam atau Nilai Masyarakat Malaysia dan Keusahawanan. Kesemua kursus yang terkandung dalam program ini berupaya memberikan pengetahuan asas yang baik dalam bidang Teknologi Hortikultur Landskap, kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi yang membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan teknologi dan cabaran baru dalam industri sekaligus dapat melengkapkan pelajar untuk menceburi kepelbagaian peluang pekerjaan dan berupaya melahirkan generasi baharu yang mahir dalam bidang Teknologi Hortikultur Landskap bagi mempercepatkan usaha negara ke arah persekitaran hidup berkualiti sepenuhnya serta menonjolkan identiti landskap unik Malaysia.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya industri hortikultur landskap seperti peruncit, pembekal, usahawan landskap, perunding, kontraktor, dan penyelenggaraan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka bersaing dalam permintaan pasaran kerja. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka layak mengambil bahagian dalam permintaan pasaran kerja. Graduan yang dilahirkan boleh memilih dan membina karier mereka sebagai:
- Perekabentuk Landskap
- Kontraktor Landskap
- Pembantu Taknik
- Operator CAD
- Pengajar/Pembantu Pengajar
- Penyelia Tapak
- Penyelia Nurseri
- Pembantu Holtikultur
- Pembantu Arborikultur
- Ahli Kultur Tisu
- Penolong Penyelidik
- Penyelia Lanskap Hartanah
- Pembantu Penyelia Padang Golf
- Penyelia Senggaraan
- Jurufoto
Para graduan boleh diambil bekerja dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Arborikultur, Perunding Landskap, Pengurusan Nurseri, Senggaraan Padang Golf, Taman dan Pusat Rekreasi, Pengurusan Kemudahan, Pengurusan Tanah dan Keusahawanan di pelbagai agensi dalam industri.
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
ATAU
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
- Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
- PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
- PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Lulus mata pelajaran Sejarah 1251
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Agro Industri |
| Sijil Agroteknologi |
| Sijil Industri Agro |
| Sijil Landskap |
| Sijil Lanskap & Pengurusan Nurseri |
2 | Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia Tahap 3, KKM |
| Sijil Pertanian |
3 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
| Sijil Landskap |
4 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| Floral Designing/Reka Bentul Floral [HT-071-3-2014] |
| JUNIOR AGRICULTURE TECHNICIAN (FLORICULTURE) (Y-053-3) |
| LANDSCAPE CONSTRUCTION SUPERVISOR (LSC3) |
| Operasi Jentera Pertanian & Perladangan (AF-062-3:2012) |
| Operasi Pembiakbakaan Tumbuhan & Pengeluaran Benih (BT-024-3:2013) |
| Operasi Perkhidmatan Haiwan Perosak (LE-050-3:2013) |
| Penyelia Lanskap (LE-010-3) |
| Penyelia Tanaman (AF-010-3) |
| Penyeliaan Penyelenggaraan Taman (LE-020-3:2011) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas