Diploma Teknologi Hortikultur Landskap

Sinopsis Program


Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL) adalah program pengajian sepenuh masa selama 3 tahun (6 semester) yang terdiri daripada 5 semester akademik dan satu semester latihan industri. Program ini merangkumi pelbagai disiplin dalam hortikultur landskap yang direka bagi menampung permintaan dalam bidang landskap dan hortikultur dengan pengkhususan dalam bidang Hortikultur, Pengeluaran Tanaman, Penjagaan Tanaman, Reka Bentuk Landskap, Teknologi Landskap, Pembangunan Landskap, dan Pengurusan Landskap. Program ini turut memperkenalkan teknologi terkini yang digunakan dalam bidang hortikultur landskap seperti IR 4.0, Internet of Things (IoT), perisian 3D dan Kecerdasan Buatan (Al). Penggunaan teknologi dalam program ini menyediakan tenaga kerja yang mahir dan terlatih yang diperlukan untuk memenuhi kehendak dan cabaran pada masa akan datang. Kursus kursus teknologi yang ditawarkan oleh program ini merangkumi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Sains Tanaman, Pengenalan kepada Hortikultur Landskap, Landskap Grafik, Sains Tanah, Pengurusan Nurseri, Pengenalan Tanaman, Landskap Komputer Grafik, Pengurusan Rumput Turf, Penjagaan Kesihatan Tumbuhan, Asas Rekabentuk Landskap, Pembinaan dan Pemasangan Landskap, Pematuhan Teknologi Hijau, Rekabentuk Landskap, Projek Proposal, Teknologi Landskap, Penyelenggaraan Landskap, Arborikultur, Pengurusan Projek Landskap, Projek Hortikultur Landskap, Fotografi, Praktis Etika dan Profesional, Integrasi Aquascape dan Teknologi Hortikultur Bandar. Pelajar juga akan didedahkan dengan latihan industri bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman yang lebih mendalam daripada pihak industri berkaitan.

Kursus-kursus lain yang ditawarkan seperti Teknologi Matematik, Komunikasi Inggeris, Kursus Integriti dan Anti Rasuah, Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam atau Nilai Masyarakat Malaysia dan Keusahawanan. Kesemua kursus yang terkandung dalam program ini berupaya memberikan pengetahuan asas yang baik dalam bidang Teknologi Hortikultur Landskap, kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi yang membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan teknologi dan cabaran baru dalam industri sekaligus dapat melengkapkan pelajar untuk menceburi kepelbagaian peluang pekerjaan dan berupaya melahirkan generasi baharu yang mahir dalam bidang Teknologi Hortikultur Landskap bagi mempercepatkan usaha negara ke arah persekitaran hidup berkualiti sepenuhnya serta menonjolkan identiti landskap unik Malaysia.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya industri hortikultur landskap seperti peruncit, pembekal, usahawan landskap, perunding, kontraktor, dan penyelenggaraan.  Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka bersaing dalam permintaan pasaran kerja.  Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka layak mengambil bahagian dalam permintaan pasaran kerja.  Graduan yang dilahirkan  boleh memilih dan membina karier mereka sebagai:

  • Perekabentuk Landskap
  • Kontraktor Landskap
  • Pembantu Taknik
  • Operator CAD
  • Pengajar/Pembantu Pengajar
  • Penyelia Tapak
  • Penyelia Nurseri
  • Pembantu Holtikultur
  • Pembantu Arborikultur
  • Ahli Kultur Tisu
  • Penolong Penyelidik
  • Penyelia Lanskap Hartanah
  • Pembantu Penyelia Padang Golf
  • Penyelia Senggaraan
  • Jurufoto

Para graduan boleh diambil bekerja dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Arborikultur, Perunding Landskap, Pengurusan Nurseri, Senggaraan Padang Golf,  Taman dan Pusat Rekreasi, Pengurusan Kemudahan, Pengurusan Tanah dan Keusahawanan di pelbagai agensi dalam industri.

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata pelajaran Sejarah 1251
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Agro Industri
 Sijil Agroteknologi
 Sijil Industri Agro
 Sijil Landskap
 Sijil Lanskap & Pengurusan Nurseri
2Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia Tahap 3, KKM
 Sijil Pertanian
3Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
 Agroindustri
 Agroindustri Tanaman
 Agroindustri Ternakan
 Agroindustri Ternakan Poultri
 Agroindustri Ternakan Ruminan
 Akuakultur
 Bakeri & Pastri
 Bioteknologi
 Industri Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Insuran
 Kesetiausahaan
 Kosmetologi
 Landskap
 Multimedia Kreatif Animasi
 Operasi Pembuatan Perabot
 Operasi Pemesinan Pemasangan
 Pelancongan
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa
 Pemasaran
 Pembinaan Bangunan Residensi
 Pemprosesan Makanan
 Pendidikan Awal Kanak-kanak
 Pengajian Awal Kanak-kanak
 Pengurusan Pelancongan
 Pengurusan Perniagaan
 Pengurusan Peruncitan
 Pentadbiran
 Penyejukan & Penyamanan Udara
 Perakaunan
 Peralatan Elektronik
 Poultri Akuakultur
 Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
 Rekabentuk Grafik Industri dan Media Cetak
 Seni Bina
 Seni Bina Landskap
 Seni Kraf Barang Kemas
 Seni Kulinari
 Seni Reka Batik
 Seni Reka Fesyen
 Senibina Landskap
 Sistem Komputer dan Rangkaian
 Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Tanaman Agroindustri
 Tanaman Agroindustri (Hortikultur)
 Teknologi Automotif
 Teknologi Elektrik
 Teknologi Elektrik Teknologi Kimpalan
 Teknologi Elektroni
 Teknologi Elektronik
 Teknologi Kimpalan
 Teknologi Kimpalan Teknologi Automotif
 Teknologi Maklumat
 Teknologi Marin
 Teknologi Mekanisasi
 Teknologi Mekanisasi Agro
 Teknologi Pembinaan
 Teknologi Pembinaan Teknologi
 Teknologi Pembuatan Bot
 Teknologi Pemesinan
 Teknologi Pemesinan Industri
 Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
 Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian Teknologi
 Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Ternakan Poultri
 Ternakan Ruminan
 Troubleshooting Peralatan Elektronik
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Landskap
5Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Floral Designing/Reka Bentul Floral [HT-071-3-2014]
 JUNIOR AGRICULTURE TECHNICIAN (FLORICULTURE) (Y-053-3)
 LANDSCAPE CONSTRUCTION SUPERVISOR (LSC3)
 Operasi Jentera Pertanian & Perladangan (AF-062-3:2012)
 Operasi Pembiakbakaan Tumbuhan & Pengeluaran Benih (BT-024-3:2013)
 Operasi Perkhidmatan Haiwan Perosak (LE-050-3:2013)
 Penyelia Lanskap (LE-010-3)
 Penyelia Tanaman (AF-010-3)
 Penyeliaan Penyelenggaraan Taman (LE-020-3:2011)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Politeknik Nilai

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.