Diploma Teknologi Akuakultur

Sinopsis Program


Program ini akan dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang akuakultur seterusnya menyumbang dalam pembangunan industri akuakultur Malaysia bagi memenuhi tuntutan Dasar Pertanian Negara yang Ketiga. Program ini mendedahkan pelajar kepada amalan serta latihan di pusat penetasan dan kolam penternakan. Pelajar dilatih secara individu untuk mengendali dan mengurus pusat penetasan dan kolam ternakan dalam kumpulan melalui perladangan kongsi bermula dari proses pembiakan sehingga ke peringkat penuaian dan pemasaran. Pelajar juga akan menjalani latihan industri di ladang-ladang akuakultur, sektor kerajaan dan swasta, institut penyelidikan dan pusat penetasan tempatan serta luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Selain kursus teras dalam akuakultur, kursus-kursus lain juga ditawarkan seperti Matematik untuk Teknologi, Sains Biologi, Kimia Pertanian, Bahasa Inggeris Komunikasi, Sains dan Teknologi dalam Islam, Nilai Masyarakat, Teknologi Hijau, Integriti dan Keusahawanan. Program ini juga akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang baik, kemahiran dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran melalui pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Kursus teras yang dipelajari merangkumi semua aspek dalam bidang akuakultur termasuk Pengenalan kepada Akuakultur, Biologi Ikan, Pengurusan Kualiti Air dan Tanah, Pengurusan Penyakit Ikan, Nutrisi dan Makanan Akuakultur, Lepas Tuai dan Pemprosesan Ikan, Ternakan Tumbesaran Akuakultur, Perladangan Akuakultur, Penternakan Ikan Hiasan dan Projek Akhir Akuakultur. Kursus elektif yang ditawarkan pula merangkumi beberapa aspek penting dalam menambah nilai kemahiran dalam bidang akuakultur seperti Kultur Rumpai Laut, Amalan Pembengkelan Akuakultur, Keselamatan di Air dan Perikanan Rekreasi untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pelajar.

Prospek Kerjaya


Graduan Diploma Akuakultur akan mempunyai pengetahuan saintifik, kemahiran teknikal dan sikap positif untuk menyesuaikan diri dengan peralatan teknologi terkini dan ia akan dapat diintegrasikan dalam pelbagai disiplin bagi mengenalpasti, merumus dan menyelesaikan masalah dalam industri akuakultur. Mereka juga akan dapat berkomunikasi secara berkesan sebagai seorang pekerja mahupun sebagai seorang usahawan dan menjalani pembelajaran sepanjang hayat untuk memenuhi keperluan masyarakat. 

Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:

  • Ahli Akuakultur
  • Juruteknik Akuakultur
  • Ahli Teknologi Akuakultur
  • Penolong Pegawai Perikanan
  • Penolong Pegawai Ekonomi
  • Penolong Pengurus Eksekutif
  • Pembantu Penyelidik
  • Usahawan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata pelajaran Sejarah 1251
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Agro Industri
 Sijil Akuakultur
 Sijil Teknologi Akuakultur
2Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia Tahap 3, KKM
 Sijil Pertanian
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Juruteknik Akuakultur (Ikan) (Y-022-3)
 Juruteknik Akuakultur (Krustasia) (Y-021-3)
 Juruteknik Akuakultur (Krustasia) (Y-023-3)
 Juruteknik Akuakultur (Marin) (AF-030-3)
 Juruteknik Akuakultur (Moluska) (Y-024-3)
 Juruteknik Perikanan (Y-020-3)
 Pemprosesan & Kawalan Kualiti Produk Perikanan (AF-014-3:2012)
 Penyelia Akuakultur (Hatceri) (AF-033-3)
 Penyelia Akuakultur (Ikan Hiasan) (AF-032-3)
 Penyelia Akuakultur (Ternakan Air Tawar) (AF-034-3)
 Spiny Lobster Hatchery Operation (BT-026-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.