Diploma Agroteknologi

Sinopsis Program


Diploma Agroteknologi dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian untuk memenuhi permintaan dasar-dasar negara. Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan menjalankan latihan amali seperti pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, agro-bioteknologi, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, perlindungan tanaman dan pengurusan. Pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran teknologi terkini dalam bidang agroteknologi seperti penanaman secara fertigasi, penanaman bandar, pertanian jitu dan integrasi penanaman. Pelajar juga dikehendaki untuk mengendalikan dan menguruskan projek agro melalui aktiviti praktikal yang melibatkan perancangan penanaman, pengurusan lepas tuai dan pemasaran hasil tanaman menerusi aktiviti dilapangan sepanjang pengajian mereka. Selain itu, pelajar juga akan mengambil kursus umum yang terdiri daripada Matematik, Sains, Bahasa Inggeris Komunikasi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer dan Pembangunan Diri. Mereka juga perlu menjalani latihan industri di industri pilihan dalam bidang misalnya ladang pertanian, institut penyelidikan kerajaan atau mana-mana industri dalam negara yang berkaitan untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman tambahan. Ini akan menyediakan asas yang baik dalam pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menerima pakai teknologi baru dan cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi di tempat kerja dan semasa menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang agroteknologi yang dapat  digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam bidang bioteknologi pertanian, automasi dan mekanisasi dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam industri sebagai:

  • Juruteknologi Makmal (Penternak Tisu)
  • Usahawan Agro Bioteknologi
  • Pengurus/Pengurus Cawangan (Pengurusan Ladang)
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Penolong Projek
  • Pembantu Jualan bidang agro bioteknologi
  • Pakar Teknikal
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembantu Alam Sekitar
  • Pegawai Kawalan Kualiti
  • Pembantu Juruteknik Pemprosessan Makanan Industri
  • Cadet Planter
  • Penolong Pegawai Sains

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata pelajaran Sejarah 1251
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Agro Industri
 Sijil Agroteknologi
 Sijil Industri Agro
 Sijil Landskap
 Sijil Lanskap & Pengurusan Nurseri
2Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia Tahap 3, KKM
 Sijil Pertanian
3Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
 Agroindustri
 Agroindustri Tanaman
 Agroindustri Ternakan
 Agroindustri Ternakan Poultri
 Agroindustri Ternakan Ruminan
 Akuakultur
 Bakeri & Pastri
 Bioteknologi
 Industri Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Insuran
 Kesetiausahaan
 Kosmetologi
 Landskap
 Multimedia Kreatif Animasi
 Operasi Pembuatan Perabot
 Operasi Pemesinan Pemasangan
 Pelancongan
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa
 Pemasaran
 Pembinaan Bangunan Residensi
 Pemprosesan Makanan
 Pendidikan Awal Kanak-kanak
 Pengajian Awal Kanak-kanak
 Pengurusan Pelancongan
 Pengurusan Perniagaan
 Pengurusan Peruncitan
 Pentadbiran
 Penyejukan & Penyamanan Udara
 Perakaunan
 Peralatan Elektronik
 Poultri Akuakultur
 Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
 Rekabentuk Grafik Industri dan Media Cetak
 Seni Bina
 Seni Bina Landskap
 Seni Kraf Barang Kemas
 Seni Kulinari
 Seni Reka Batik
 Seni Reka Fesyen
 Senibina Landskap
 Sistem Komputer dan Rangkaian
 Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Tanaman Agroindustri
 Tanaman Agroindustri (Hortikultur)
 Teknologi Automotif
 Teknologi Elektrik
 Teknologi Elektrik Teknologi Kimpalan
 Teknologi Elektroni
 Teknologi Elektronik
 Teknologi Kimpalan
 Teknologi Kimpalan Teknologi Automotif
 Teknologi Maklumat
 Teknologi Marin
 Teknologi Mekanisasi
 Teknologi Mekanisasi Agro
 Teknologi Pembinaan
 Teknologi Pembinaan Teknologi
 Teknologi Pembuatan Bot
 Teknologi Pemesinan
 Teknologi Pemesinan Industri
 Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
 Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian Teknologi
 Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Ternakan Poultri
 Ternakan Ruminan
 Troubleshooting Peralatan Elektronik
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Agriculture & Agro Based Product Sales & Marketing (AF-015-3:2013)
 Juruteknik Pertanian (Y-050-3)
 Operasi Jentera Pertanian & Perladangan (AF-062-3:2012)
 Operasi Ladang Poltri (AF-071-3:2015)
 Operasi Pembiakbakaan Tumbuhan & Pengeluaran Benih (BT-024-3:2013)
 Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012-3:2012)
 Operasi Pengeluaran Tanaman
 Operasi Perladangan Lebah Madu (AF-017-3:2014)
 Pengeluaran Makanan (AF-018-3:2014)
 Penyelia Ladang Ruminan (AF-060-3)
 Penyelia Proses Herba (BT-042-3)
 Penyelia Sawah Padi (AF-051-3)
 Penyelia Tanaman (AF-010-3)
 Teknologi Pemprosesan Herba (Primer) (AF-011-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.