Diploma Bioteknologi

Sinopsis Program


Bioteknologi adalah suatu bidang baru dalam kehidupan dunia moden. Program ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan pelajar yang bercita-cita untuk melibatkan diri dalam bidang bioteknologi. Kandungan teras program ini terdiri daripada beberapa kursus seperti Matematik, Biologi, Biokimia, Kimia, Mikrobiologi dan Teknik dan Pengurusan Makmal. Kursus disiplin yang ditawarkan pula seperti Immunologi, Enzimologi, Teknologi Sel dan Tisu Kultur,  Teknologi Teknik DNA Rekombinan dan Teknologi Bioproses akan meningkatkan pengetahuan pelajar dan kemahiran dalam Bioteknologi. 

Kursus elektif juga ditawarkan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar seiring dengan bidang  bioteknologi seperti Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Makanan dan Agrobioteknologi. Gaya pembelajaran program ini direka untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan, membina sikap positif serta nilai-nilai dan profesionalisme, bersikap lebih bertanggungjawab dan beretika terhadap rakan-rakan, pelanggan, majikan dan masyarakat. Mereka juga mampu untuk melaksanakan tugas-tugas dan menyelesaikan masalah dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran melalui asimilasi kemahiran pemikiran kritikal, analitikal dan teknikal.

Prospek Kerjaya


Para graduan boleh mendapat pekerjaan dalam pelbagai tempat kerja seperti institusi pendidikan, syarikat-syarikat farmaseutikal, industri makanan, hospital, syarikat bioteknologi, jabatan pertanian, agensi alam sekitar, forensik dan pusat penyelidikan. Pekerjaan yang berpotensi termasuk:

  • Pembantu Teknik
  • Pembantu Makmal
  • Penolong Penyelidik
  • Penyelia Jaminan Kualiti
  • Penyelia Kawalan Kualiti
  • Wakil Jualan Alat-alat Sains
  • Juruteknik Makmal
  • Pakar Produk
  • Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
  • Pembiak tumbuhan
  • Juruteknik Pakar
  • Penganalisis Assay
  • Juruteknik Kalibrasi Instrumen
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Pembantu Pembangunan Proses
  • Wakil Perkhidmatan Teknik
  • Penulis Teknikal 

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu SVM 1104 dan PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00 dan PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional dan lulus mata pelajaran Sejarah 1251;
    ATAU
  4. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Enzymatic Bioconversion Operation (BT-043-3:2014)
 Juruteknik Kanan Instrumentasi Bioteknologi (BT-030-3)
 Juruteknik Kanan Makmal Analitikal (BT-022-3)
 Juruteknik Kanan Makmal Bioteknologi Umum (BT-020-3)
 Juruteknik Kanan Makmal Kultur (BT-021-3)
 Operasi Makmal Bioteknologi Agrikultur (BT-025-3:2014)
 Pengkulturan Mikro Alga & Pengeluaran Bio Mass (BT-045-3:2014)
 Spiny Lobster Hatchery Operation (BT-026-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Politeknik Nilai

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.