Diploma Teknologi Maklumat
Sinopsis Program
Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dibahagikan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan membuka peluang kepada para pelajar untuk menceburi pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan transferable skills dan kemahiran pelbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Selain daripada kursus teknikal, pelajar juga didedahkan dengan English for Digital Technology, Penghayatan Etika dan Peradaban, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral serta Kokurikulum untuk meningkatkan kompetensi mereka dalam kemahiran insaniah. Oleh kerana program ini menekankan self-initiated learning dan kemahiran praktikal, graduan program ini dijangka bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia teknologi pengkomputeran.
Program Diploma Teknologi Maklumat atau singkatannya DIT (Diploma in Information Technology) menawarkan pengkhususan/ trek bidang berbeza mengikut Politeknik seperti yang berikut:
Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek
Software & Application Development:-- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
- Politeknik Seberang Perai
- Politeknik Balik Pulau
- Politeknik Sultan Idris Shah
- Politeknik Mersing
- Politeknik Muadzam Shah
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
- Politeknik Kuala Terengganu
- Politeknik Besut
- Politeknik Kuching
- Politeknik Mukah
Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek
Networking System:-- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- Politeknik Seberang Perai
- Politeknik Balik Pulau
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Idris Shah
- Politeknik Mersing
- Politeknik Muadzam Shah
- Politeknik Kuala Terengganu
- Politeknik Kuching
- Politeknik Mukah
Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek
Information Security:-- Politeknik METrO Tasek Gelugor
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Mersing
Politeknik yang menawarkan pengkhususan/ trek
Digital Game Programming:-
- Politeknik METrO Kuala Lumpur
Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek
Web Development:-- Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek
Data Management and Visualization:-
- Politeknik Seberang Perai
Prospek Kerjaya
Permintaan tenaga kerja dalam bidang ICT dijangka berkembang pesat berdasarkan kajian oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Kemajuan teknologi dalam bidang ICT telah meningkatkan keperluan terhadap graduan IT yang berkualiti bagi memenuhi tuntutan dan keperluan industri, baik di peringkat tempatan mahupun global.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya bagi bidang yang berkaitan. Oleh itu, graduan program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap, dan kebolehan yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai kerjaya dalam industri dan perniagaan ICT. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar melalui program ini membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti berikut:
- Pengaturcara Aplikasi Komputer / Computer Application Programmer
- Pengaturcara Internet / Internet Programmer
- Pengaturcara Web / Web Programmer
- Pengaturcara Pangkalan Data / Database Programmer
- Pembantu Analisis Sistem / System Analysts Assistant
- Pembangun Perisian / Software Developer
- Pentadbir Pangkalan Data / Database Administrator
- Penguji Perisian / Software Tester
- Kakitangan Sokongan Sistem / System Support Personnel
- Meja Bantuan / Sokongan Teknikal / Technical Helpdesk / Support
- Pengaturcara Sistem / System ProgrammerKakitangan Sokongan Rangkaian / Network Support Personnel
- Pentadbir Rangkaian / Network Administrator
- Jurutera Sokongan IT / IT Supports Engineer
- Pembantu Jurutera Rangkaian / Assistant Network Engineer
- Pembantu Pengaturcara Permainan / Assistant Game Programmer
- Pereka Permainan / Game Designer
- Pengaturcara Permainan / Game Programmer
- Pembantu Analisis Keselamatan / Assistant Security Analysis
- Pembantu Jurutera Keselamatan Maklumat / Assistant Information Security Engineer
- Pembantu Pembangun Permainan / Assistant Game Developer
- Pembantu Analisis Data / Assistant Data Analysis
- Pembantu Penguji Penembusan / Assistant Penetration Tester
- Pembantu Saintis Data / Assistant Data Scientist
- Pembantu Penganalisis Data / Assistant Data Analyst
- Penganalisis Kecerdasan Perniagaan / Business Intelligence Analyst
- Pereka Visualisasi Data Junior / Junior Data Visualization
- Statistikan Junior / Junior Statistician
- Junior Pandangan Data dan Visualisasi / Junior Data Insights and Visualization
- Pereka Web / Web Designer
- Pembangun Web / WebDeveloper
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan (Calon yang lulus/tanpa matematik di peringkat SPM perlu mengambil dan lulus matematik intervensi yang setara dengan peringkat SPM pada semester pertama)
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Maklumat |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Certificate in Industrial Internet of Things |
| Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian |
| Sijil Teknologi Maklumat |
3 | Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Maklumat |
4 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer |
5 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3) |
| Juruteknik Rangkaian Komputer (D-051-3) |
| Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3) |
| Juruteknik Sistem Komputer (D-040-3) |
| Juruteknik Sistem Komputer (D-041-3) |
| Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:) |
| Pembangunan Aplikasi [IT-010-3:2016] |
| Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3) |
| Perkhidmatan Rangkaian Komputer (IT-030-3:2013:) |
| Sokongan & Penyelenggaraan IT (IT-035-4:2014) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas