Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi) ini telah direkabentuk untuk menyediakan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik menjurus kepada proses dan automasi industri. Pengetahuan asas mengenai Pengawal Logik Boleh Aturcara dan automasi, Sistem Kawalan, Sistem Automatik & Kawalan Motor Elektrik, Instrumentasi dan kawalan industri serta pengaturcaraaan turut didedahkan kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka.

Penggunaan elektronik di dalam proses dan industry automasi pada masa kini amat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi) membekalkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan.

Prospek Kerjaya


Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dan membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas dalam kebanyakkan industri kejuruteraan seperti:

Juruteknik proses penyenggaraan alat
Juruteknik Elektronik
Juruteknik tapak
Pembantu Jurutera
Bekerja sendiri


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. (Pelajar dikehendaki mengikuti kursus Pengukuhan Basic Mathematics pada semester pertama)
  8. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. SATU (1) mata pelajaran Sains / Teknikal / Vokasional
    2. DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

*Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.


kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. ATAU
  4. Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
    3. PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
    4. Kompeten semua modul vokasional; dan
    5. Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
  5. ATAU
  6. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.