Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ini telah direkabentuk untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang elektronik berasaskan teknologi komputer. Pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan asas elektronik yang meluas dalam bidang kuasa, telekomunikasi, kawalan, instrumentasi dan juga komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka. 

Para graduan ini bakal mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang teknologi komputer. Penggunaan alatan elektronik dalam peralatan berasaskan komputer pada masa kini sangat memerlukan juruteknik berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) daripada Politeknik membekalkan graduan dengan keperluan kemahiran teknikal yang diperakui dan diiktiraf dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) 

Prospek Kerjaya


Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang pengkomputeran. Kemajuan moden bidang pengkomputeran dan elektronik yang terus menjadi tumpuan utama badan-badan organisasi membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang luas dalam indusrti seperti:

  • Juruteknik Komputer
  • Juruteknik Elektronik
  • Juruteknik Perisian
  • Juruteknik Audio Visual
  • Pakar Teknikal
  • Juruteknik khidmat Elektrik, elektronik dan komputer
  • Pembantu Jurutera
  • Eksekutif Pemasaran
  • Berkerja sendiri

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana - mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Certificate in Industrial Internet of Things
 Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
 Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
 Sijil Teknologi Telekomunikasi
3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Juruteknik Kanan Antara Muka (EE-090-3:)
 Juruteknik Kanan Buffer Storage (EE-050-3)
 Juruteknik Kanan Rangkaian (Rekabentuk) (EE-105-3:)
 Packet Switch Core Network Implementation & Development (NID) (EE-037-3:2012:)
 Pemasangan, Konfigurasi & Penyelenggaraan Protokol Internet (EE-041-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.