Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dibangunkan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan teknikal yang kukuh, kompetensi profesional serta nilai yang berteraskan etika dan integriti. Kurikulum program merangkumi bidang perakaunan kewangan dan pengurusan, pengauditan, percukaian, kewangan, etika serta aplikasi teknologi bagi memastikan keseimbangan antara penguasaan teori dengan aplikasi dalam amalan profesional.
Graduan program ini dipersiapkan untuk menceburi kerjaya sebagai akauntan, juruaudit, ejen cukai, penganalisis data dan perunding perniagaan serta berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan dan perkembangan profesion dalam era digital. Program ini turut menyediakan asas akademik dan profesional yang kukuh untuk graduan melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah serta memperoleh pensijilan profesional dalam bidang perakaunan atau bidang berkaitan.
Program ini dilaksanakan berdasarkan keperluan badan profesional perakaunan dan badan kawal selia berkaitan di Malaysia. Kurikulumnya mematuhi Programme Standards: Accounting dan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), serta Accounting HT4: ‘AaDab©’ Infused Curriculum for Malaysian Universities oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pematuhan ini memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti, integriti akreditasi serta kerelevanan program dengan keperluan industri dan profesion perakaunan.
Graduan program empat tahun ini dipersiapkan untuk memasuki alam pekerjaan sebagai eksekutif dan pegawai dalam pelbagai bidang berkaitan perakaunan. Kurikulum program mengintegrasikan pembelajaran akademik yang komprehensif dengan penekanan terhadap Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work-Based Learning – WBL), yang membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan teori secara langsung dalam persekitaran pekerjaan sebenar.
Pendekatan ini bukan sahaja memberikan pengalaman praktikal yang bermakna, malah membolehkan pelajar membangunkan kompetensi profesional serta membina jaringan dengan pihak industri. Melalui pendedahan tersebut, graduan memperoleh kelebihan kompetitif dari aspek kebolehpasaran, kebolehsuaian terhadap perubahan persekitaran pekerjaan dan perkembangan kerjaya jangka panjang.
SEKTOR KERAJAAN
Pegawai dalam bidang berkaitan di:
SEKTOR KORPORAT
Eksekutif atau profesional dalam bidang berikut:
BEKERJA SENDIRI / KEUSAHAWANAN
Rakan kongsi atau pemilik dalam bidang berikut:
Syarat Am
Syarat Khas Program
| 1 | Diploma Politeknik |
| Diploma Perakaunan |
* Sekiranya diploma lanjutan/diploma yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.