WhatsApp Kami
Syarat Kelayakan

Semakan syarat kelayakan program Politeknik & Kolej Komuniti.

DIBUKA
Permohonan (Lepasan SPM) UPUOnline

Kemasukan Sesi I: 2026/2027 (Lepasan SPM/Sijil).

AKAN DIBUKA

Pengumuman Rasmi

1. PROGRAM EKSKLUSIF NAVALTech@PSA MELALUI KERJASAMA POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA) DENGAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) BAHARU
  • Inisiatif di bawah Nota Kerjasama (MoU) yang dimeterai pada 20 Mei 2025 antara JPPKK dan TLDM ini bertujuan membekalkan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran dan berdisiplin tinggi.
  • Pihak TLDM mensasarkan pengambilan 200 orang calon setahun bagi Skim Diploma Tugas Khusus (DTK) TLDM iaitu lantikan ke skim juruteknik TLDM.
  • Program NavalTech@PSA ditawarkan melalui 4 program pengajian di PSA iaitu:
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  • Pemohonan kini dibuka melalui sistem UPUOnline mulai 29 Januari hingga 23 Mac 2026 .
  • Sesi Uji Cergas: Calon yang terpilih wajib melalui sesi penilaian fizikal yang akan dikendalikan di kampus Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) selepas sesi pendaftaran pelajar baharu sesi I 2026/2027.
UPUONLINE  
2. PERMOHONAN UPUONLINE KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2026/2027 BAHARU
  • Bagi calon kategori lepasan SPM 2025 dan kategori lepasan SPM 2024 & 2023 permohonan adalah melalui UPUOnline
  • Permohonan UPUOnline lepasan SPM boleh dibuat mulai 29 Januari 2026 (Khamis) jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 23 Mac 2026 (Isnin) jam 5.00 petang
  • Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN
UPUONLINE  
3. PERMOHONAN BAHARU KE PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2026/2027 AKAN DIBUKA
  • Bagi calon kategori lepasan SPM 2025 dan ke bawah dan lepasan sijil/setaraf, permohonan adalah melalui eBorang MyPOLYCC dan boleh dibuat mulai pada minggu ke 4 Februari 2026, jam 12.00 tengah hari
eBorang MYPOLYCC
4. PEMAKLUMAN SYARAT BAHARU PROGRAM DIPLOMA

A.Program Diploma Kejuruteraan

Berkuat kuasa Sesi II 2025/2026 selaras dengan standard ETAC 2024 bagi 9 program Kejuruteraan:

  • Kejuruteraan Elektronik | Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) | Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Perindustrian) | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik Perindustrian) | Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi | Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan | Diploma Senibina Kapal
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred D ataupun E mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris peringkat SPM.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 3 Kepujian (termasuk 1 mata pelajaran kumpulan sains/ teknikal/ vokasional
  • Pelajar perlu lulus kursus pengukuhan Matematik pada semester pertama.

B.Program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

Berkuat kuasa mulai Sesi II 2025/2026 :

  • Mendapat sekurang-kurangya gred D atau E mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris peringkat SPM .
  • Memiliki sekurang-kurangnya 3 Kepujian (termasuk 1 mata pelajaran kumpulan sains/ teknikal/ vokasional).

Tarikh Penting

Ambilan Sesi I 2026/2027
(Kemasukan Jun 2026)


Saluran UPU

Perkara Tarikh
Borang Permohonan Dibuka 29 Januari 2026
Borang Permohonan Ditutup 23 Mac 2026
Semakan Panggilan Temuduga Tarikh akan dimaklumkan
Sesi Temuduga Tarikh akan dimaklumkan
Semakan Keputusan & Rayuan Tarikh akan dimaklumkan
Pendaftaran Pelajar Baharu Hujung Jun 2026

Saluran eBorang MyPOLYCC

Perkara Tarikh
Borang Permohonan Dibuka Hujung Februari 2026
Borang Permohonan Ditutup Hujung Mac 2026
Semakan Panggilan Temuduga Tarikh akan dimaklumkan
Sesi Temuduga Tarikh akan dimaklumkan
Semakan Keputusan & Rayuan Tarikh akan dimaklumkan
Pendaftaran Pelajar Baharu Hujung Jun 2026
*Tarikh tertakluk kepada pindaan. Kemaskini: 6 Februari 2026.

Statistik Semasa

36

Politeknik

106

Kolej Komuniti

81,377

Politeknik

19,562

Kolej Komuniti

101,318

Jumlah Enrolmen Pelajar

*Data sehingga 30 September 2025. Sumber : MyMoheS

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Aras 6, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana
Presint 4
62100 Putrajaya

  03-8888 3837
  03-8888 2111
  jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Facebook YouTube Twitter Instagram TikTok

Dibangunkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat di laman web ini.

Grafik oleh Freepik .