Apakah yang dimaksudkan dengan pengajian sijil kolej komuniti melalui pelaksanaan secara Micro-Credentials (MC)?
Micro-Credentials secara amnya ialah kursus atau pakej pembelajaran yang bertujuan mengiktiraf peningkatan kepakaran dan kompetensi khusus individu dalam pelbagai bidang. Pembelajaran juga boleh diakses melalui platform pembelajaran dalam talian.
Kenapa perlu ditawarkan secara Micro-Credentials (MC)?
1. Menjadi saluran pengajian sepanjang hayat kepada semua.
2. Memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan sekurang-kurangnya kelayakan sijil.
3. Membantu masyarakat menghadapi cabaran dalam alam pekerjaan.
4. Membolehkan individu melengkapkan diri dengan kemahiran baharu atau memperbaharui kemahiran sedia ada.

Apakah kelebihan kaedah pengajian secara Micro-Credentials (MC) kepada individu?
Pembangunan kemahiran: memberi tumpuan kepada kemahiran khusus yang diperlukan industri dan majikan.
Pemindahan kredit: peserta yang tamat boleh meneruskan pengajian dalam program berkaitan dan berpeluang mendapat pindahan kredit.
Laluan pembelajaran fleksibel: individu boleh meningkatkan kemahiran tanpa perlu terus mendaftar dalam program sijil penuh.
Pendidikan berterusan: menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus bersaiz kecil yang lebih mudah diakses.

Siapakah yang layak memohon?
Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dan memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
Apakah program pengajian di kolej komuniti yang ditawarkan secara Micro-Credentials (MC)?
Antara program yang ditawarkan ialah Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Dandanan Rambut dan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan. Senarai program dan institusi semasa boleh dilihat pada halaman Senarai Micro-C dalam portal ini.
Berapakah yuran Micro-Credentials (MC) yang dikenakan?
Yuran kursus Micro-Credentials ialah RM200 bagi setiap pakej.
Bagaimanakah kaedah pelaksanaan kelas Micro-Credentials (MC)?
Kaedah pelaksanaan kelas Micro-Credentials adalah secara bersemuka.
Adakah pelaksanaan Micro-Credentials (MC) mendapat pengiktirafan daripada badan akreditasi?
Ya. Kursus Micro-Credentials yang ditawarkan di kolej komuniti telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Bagaimanakah cara untuk memohon kursus Micro-Credentials (MC)?
Untuk maklumat dan permohonan, calon boleh menggunakan halaman Senarai Micro-C atau Hubungi Kami dalam portal ini. Calon juga boleh melayari portal ambilan di https://ambilan.mypolycc.edu.my.
Apakah pensijilan dan laluan selepas tamat kursus Micro-Credentials (MC)?
Pensijilan yang boleh diperoleh termasuk Digital Badges, Malaysian Micro-Credentials Statement (MMS) dan Sijil Kompetensi. Selepas tamat, peserta boleh meneruskan pengajian melalui saluran berkaitan, menjadi usahawan atau memasuki alam pekerjaan.
Tiada FAQ yang sepadan dengan carian.