WhatsApp Kami
  • Mempunyai Persoalan?
  • 03-8888 3837
  • jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Micro - Credentials

Sijil Pastri

Sinopsis Program Micro - C

Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ilmu yang akan dipelajari

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  • Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert.
  • Penghasilan produk berdasarkan jenis-jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes.
  • Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting.
  • Penghasilan produk berdasarkan jenis-jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan.
  • Penghasilan produk berdasarkan jenis-jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies.

Syarat Kemasukan

Micro - Credentials

Terbuka kepada Warganegara Malaysia
Calon perlu berumur 16 tahun dan ke atas

(Membaca, Menulis dan Mengira)
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Senarai Pakej yang Ditawarkan

Senarai pakej yang ditawarkan adalah berbeza mengikut institusi

Pulau Pinang

Logo

Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Klik untuk Pra Daftar
Pakej 1

Modul:
Baked Cakes Kaedah Creaming
Baked Cakes Kaedah Sponges