WhatsApp Kami
Tengah memuat turun...
  • Mempunyai Persoalan?
  • 03-8888 3837
  • jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Micro - Credentials

Sijil Pengoperasian Perniagaan

Sinopsis Program Micro - C

Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ilmu yang akan dipelajari
program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
  1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.
  2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
  3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran,pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
  4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
  5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara professional dan beretika.
  6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan
  7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
  8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
  9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.

Syarat Kemasukan

Micro - Credentials

Terbuka kepada Warganegara Malaysia
Calon perlu berumur 16 tahun dan ke atas

(Membaca, Menulis dan Mengira)
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Senarai Pakej yang Ditawarkan

Senarai pakej yang ditawarkan adalah berbeza mengikut institusi

Johor

Logo

Kolej Komuniti Ledang

Klik untuk Pra Daftar
Pakej 1

Modul:
Aplikasi Komputer Perniagaan
Keusahawanan Digital

Pahang

Logo

Kolej Komuniti Bentong

Klik untuk Pra Daftar
Pakej 1

Modul:
Aplikasi Komputer Perniagaan
Keusahawanan Digital