WhatsApp Kami
  • Mempunyai Persoalan?
  • 03-8888 3837
  • jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Micro - Credentials

Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot

Sinopsis Program Micro - C

Program Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ilmu yang akan dipelajari
  • Teknik dan kaedah melukis lukisan asas geometri dan menghasilkan reka bentuk berbantu komputer 2D dan 3D.
  • Penghasilan perabot luaran merangkumi pengenalan kayu, pengeringan dan pengawetan, pemesinan serta pembuatan perabot luaran.
  • Penghasilan perabot dalaman merangkumi pemprosessan kayu, pembuatan perabot luaran serta kemasan dan perekat.
  • Melakar motif ukiran tangan separuh tembus dan tebuk tembus.
  • Menghasilkan ukiran CNC merangkumi simulasi CNC, memindah arahan kerja CNC, mengukir ukiran berbantu CNC dan membuat kemasan ukiran CNC.

Syarat Kemasukan

Micro - Credentials

Terbuka kepada Warganegara Malaysia
Calon perlu berumur 16 tahun dan ke atas

(Membaca, Menulis dan Mengira)
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Senarai Pakej yang Ditawarkan

Senarai pakej yang ditawarkan adalah berbeza mengikut institusi

Pahang

Logo

Kolej Komuniti Temerloh

Klik untuk Pra Daftar
Pakej 1

Modul:
Lukisan Kejuruteraan
Lukisan Persembahan
Asas Pembuatan Perabot
Computer Aided Design 2D

Logo

Kolej Komuniti Temerloh

Klik untuk Pra Daftar
Pakej 3

Modul:
Seni Kraf
Kemasiapan Perabot
Sketchup dalam Reka Bentuk Perabot
Projek Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot