Sijil Teknologi Akuakultur

Sinopsis Program


Program Akuakultur merupakan inisiatif pendidikan yang menawarkan gabungan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam bidang akuakultur. Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal yang relevan sekaligus mempersiapkan mereka secara holistik untuk menghadapi cabaran dan peluang dalam alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Akuakultur yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Akuakultur. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Akuakultur, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

  • Pembantu Juruteknik Akuakultur
  • Juruteknik Rendah Akuakultur
  • Pembantu Am Akuakultur
  • Usahawan dalam industri Akuakultur
  • Penyelia

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Akuakultur boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Diploma Teknologi Akuakultur

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.