Sijil Teknologi Telekomunikasi
Sinopsis Program
Program ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terkini di dalam bidang teknologi telekomunikasi. Program ini menawarkan kursus teras seperti Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Komputer,Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Telekomunikasi, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Lukisan Elektronik Terbantu Komputer, Komunikasi Data, Rangkaian Komputer, Microcontroller di samping menekankan bidang pengkhususan. Bidang pengkhususan termasuk Teknologi Jalur Lebar dan Komunikasi Fiber Optik. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai
nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam Teknologi Telekomunikasi dan keusahawanan. Merupakan program yang menekankan pembelajaran secara praktikal,graduan program bersedia untuk menempuhi cabaran dalam dunia teknologi telekomunikasi.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang telekomunikasi yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:
- Juruteknik Telekomunikasi
- Sales Assistant Support (bidang telekomunikasi)
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Telekomunikasi boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
- Diploma in Mobile Technology (WBL) - Ambilan Januari
- Diploma in Telecommunication Technology (WBL) - Ambilan Januari
- Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (WBL)
- Diploma in Electronics Instrumentation Technology (WBL)
- Diploma in Sound & Lighting Technology (WBL)
- Diploma in Rail Signalling And Communication Technology (WBL)
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas