Diploma Reka Bentuk Fesyen

Sinopsis Program


Diploma Reka Bentuk Fesyen merangkumi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen, termasuk reka bentuk, ilustrasi, pembuatan pola dan pembuatan pakaian. Kursus-kursus dilaksanakan di studio fesyen dan bengkel fesyen yang serba lengkap. Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran dan pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan komputer, teknik jahitan, pemilihan bahan, warna serta tekstur. Di samping itu, untuk tujuan penyelidikan, teknik pemerhatian dan eksperimen dijalankan untuk mencipta koleksi fesyen yang inovatif untuk projek akhir mereka. Pendedahan rekaan fesyen dan pembuatan pola secara digital juga turut ditekankan dalam menceburi bidang digital selaras dengan kehendak 4IR serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai berdasarkan bakat dan kebolehan yang dimiliki serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang program. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mencipta gaya tersendiri dalam rekaan melalui penyampaian koleksi akhir mereka.

Program ini mengambil masa enam semester untuk diselesaikan ; lima semester akademik dan Latihan Industri pada semester akhir di syarikat syarikat yang bersesuaian. Pada semester lima, pelajar-pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Koleksi akhir pelajar akan dipamerkan secara professional melalui pertunjukan fesyen atau pameran pada akhir program. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah Introduction to Art History, Introduction to Drawing, Introduction to Art and Design, Introduction to Pattern Making, Sampling, Fashion Design 1-3, Pattern Making and Garment Construction 1-3, Introduction to Fashion Illustration, Introduction to Textile, Introduction to Fashion Retailing, Fashion CAD 1-2, Fashion CAM 1-2, History of Costume, Fashion Studies, Fashion Design Project, Basic Embroidery, Digital Photography and Communication Photography.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan nilai ditambah dan kemahiran boleh pindah yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Selain daripada pengetahuan teknikal dan kemahiran, program ini juga membangunkan pelajar dalam pendekatan holistik bersepadu melalui kursus seperti Seni Dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Kokurikulum, Bahasa Inggeris Komunikatif, Penghayatan Etika dan Peradaban, Kursus Integriti dan Anti-Rasuah serta Keusahawanan Digital.

Prospek Kerjaya


Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri fesyen. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industry fesyen.

  • Fashion Entrepreneur
  • Fashion Designer / Digital Fashion Designer
  • Assistant Fashion Designer
  • Junior Illustrator
  • Embroiderer
  • Visual Merchandiser
  • Assistant Pattern Maker
  • Design Room Assistant
  • Production Supervisor
  • Wardrobe Assistant
  • Assistant Retail Manager
  • Assistant Fashion Stylist
  • Assistant Event Coordinator
  • Costume Designer
  • Junior Fashion Buyer
  • Fashion Retailer
  • Fashion E-Tailing
  • Fashion Content Creator
  • Fashion Design Consultant
  • Craft Design Consultant
  • Craft Design Services
  • Event Management Consultant
  • Freelance
  • Fashion Content Creator

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus temu duga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
  4. Lulus temu duga atau menghantar portfolio yang telah ditetapkan oleh institusi
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Rekaan Fesyen dan Pakaian
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Fesyen dan Pakaian
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Senireka Fesyen
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 APPAREL MANUFACTURING (MASS PRODUCTION) (TA-020-3:2011)
 DRESSMAKER SUPERVISOR (K-012-3)
 Industrial Sewing Machine Maintenance Supervision (K-030-3)
 Pembuatan Pakaian Wanita (TA-011-3:2012)
 Penyelia Jahitan Kreatif (TA-012-3)
 Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki (K-020-3)
 Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki (K-021-3)
 Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki (TA-010-3)
 PENYELIA PEMBUAT PAKAIAN WANITA (K-010-3)
 PENYELIA PEMBUAT PAKAIAN WANITA (K-011-3)
 Penyeliaan Operasi Jahitan (TA-020-3: 2014)
 Penyeliaan Operasi Makmal Tekstil (TA-013-3:2014)
 Penyeliaan Penyelenggaraan Mesin Jahit Industri (TA-014-3:2014)
 Rekabentuk & Penyediaan Pola Pakaian (TA-021-3: 2014)
 Textile Laboratory Operation Supervision (K-050-3)
 Weft Knitting Supervision (TA-022-3: 2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.