Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (WBL)

Sinopsis Program


Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi direka untuk menyediakan pendidikan animasi digital pada tahap separa profesional untuk memenuhi permintaan industri. Ia direka bentuk untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran animasi yang diperlukan untuk berjaya dalam industri Animasi Kreatif yang kompetitif pada masa kini. Program ini menekankan gabungan kedua-dua kemahiran kreatif dan teknikal yang diperlukan untuk menghasilkan animasi 2D dan 3D. Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang animasi kreatif. Kursus yang ditawarkan merangkumi kursus asas animasi seperti Creative Production Management, Visual Narrative, Visual Design. Selain itu kursus keperluan bidang seperti Principle of Animation, Drawing for Animation, Animation Development dan juga kursus teknologi kreatif seperti 3D Modelling, 2D Animation, 3D Animaion dan Cinematography for Animation juga terangkum dalam program ini. Selain itu juga kursus-kursus yang selari dengan keperluan industri juga menjadi perhatian dalam struktur program seperti Creative Animaton Studies, Digital Animation Production dan Background Design. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk menceburi kerjaya dalam pelbagai industri Animasi Kreatif. Disamping kemahiran dan pengetahuan dalam visual dan kreativiti, program ini juga menggunakan aplikasi perisian multimedia dan animasi terkini yang paling relevan dan digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran kreatif. Ini memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan boleh memasuki mana-mana syarikat dalam bidang kepakaran yang dipilih. Ini perlu dicapai dengan menggabungkan semua kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang relevan dalam membangunkan animator digital yang kompeten dalam kurikulum secara inovatif.

Prospek Kerjaya


Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bersepadu yang diperlukan dalam industri kreatif digital. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri kreatif digital. Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi adalah:-

Art Department
Assistance of : Animation
Story creator/ scriptwriter Assistance of :
  • Visualizer
  • 3D Animator

Storyboard Artist
  • 2D Animator
  • Background Artist

Software/technical
Assistance of :
  • Character Modeller
  • Character Setup/Rigging Artist
  • Environmental / Set & Props Modeller
  • Video Editor/ Compositor

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Animasi 2D
 Sijil Animasi 3D
 Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
 Sijil Teknologi Maklumat
2Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 SIJIL MULTIMEDIA KREATIF

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

5 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.