Diploma Rekabentuk Grafik

Sinopsis Program


Program Diploma Reka Bentuk Grafik direka untuk merangkumi disiplin seni yang luas, komunikasi reka bentuk grafik dan media baharu. Asas reka bentuk grafik termasuk sejarah reka bentuk grafik, fotografi, elemen dan prinsip reka bentuk grafik. Program ini menggabungkan Typography, Digital Imaging, Digital Illustration, Digital Publishing, Motion Graphic, Interactive Design, Creative Advertising, Corporate Identity Design and Packaging Design. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar akan menjadikan mereka cekap dan meningkatkan kadar kebolehpasaran mereka. Selain daripada pengetahuan teknikal dan kemahiran, program ini juga akan membangunkan pelajar secara holistik bersepadu melalui kursus seperti Pengajian Islam, Pengajian Moral, Kokurikulum, Pengurusan Acara, Bahasa Inggeris Komunikatif, dan Keusahawanan Digital. Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industry iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedah bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan web.

Prospek Kerjaya


Graduan di dalam bidang ini adalah berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat pertengahan atau bekerja sebagai freelancers untuk tugas atau jawatan seperti:

Graphic Designer
  • Illustration
  • Advertising
  • Corporate Identity
  • Packaging
  • Desktop Publishing
  • Visual Merchandising
  • Photography

New Media Designer
  • Animation
  • Multimedia
  • Interactive

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus temu duga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00
    3. PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67
    4. Kompeten semua modul vokasional
    5. Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
  4. Lulus temu duga atau menghantar portfolio yang telah ditetapkan oleh institusi
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk Grafik
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Animasi 2D
 Sijil Animasi 3D
 Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
 Sijil Seni Visual Kreatif
 Sijil Teknologi Maklumat
3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk Grafik
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 EKSEKUTIF REKAAN GRAFIK (F-031-3)
 Kewartawanan (EE-141-3:2014)
 Pembantu Editorial (PR-025-3)
 Rekaan Grafik (PR-024-3:2012)
 Rekabentuk Grafik (Digital) (IT-058-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.