Sijil Landskap

Sinopsis Program


Program Landskap merupakan satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang landskap. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar secara menyeluruh termasuk pelaksanaan, pengurusan dan pengukuhan di dalam bidang landskap. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Asas kepada landskap yang merangkumi seperti sejarah industri landskap, komunikasi grafik landskap, tumbuhan dan aplikasi dalam landskap.
2. Mengetahui aspek pengurusan dan operasi nurseri dalam pengeluaran tanaman.
3. Mengenal dan mengecam jenis kumpulan tumbuhan dan kegunaannya.
4. Mengetahui dan menjalankan kerja pengurusan dan penyelenggaran landskap samaada untuk landskap lembut ataupun landskap kejur.
5. Pemahaman dan aplikasi teknologi binaan dan mekanisasi landskap.
6. Mengetahui teknik dan kaedah melukis pelan landskap secara manual dan terbantu komputer.
7. Penghasilan idea dan rekabentuk landskap di dalam bentuk lukisan 2D dan 3D.
8. Mengetahui dan mengaplikasi proses kerja landskap dan kerja-kerja penyediaan di tapak cadangan.
9. Memperoleh asas yang kukuh untuk menceburi bidang landskap serta artikulasi ke peringkat pengajian tinggi. 

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang landskap yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang landskap. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Pelukis CAD
Penyelia nurseri
Pengusaha nurseri
Penyelia tapak bina
Perunding landskap
Kontraktor landskap
Usahawan landskap
Pelukis pelan landskap
Perekabentuk landskap
Pembantu pengajar landskap
Pembekal peralatan landskap
Pembantu juruteknik / teknikal
Supritendan penyelenggaraan
Landscape property supervisor
Pembantu / penyelia pengurusan taman & ameniti
'Specialist' landskap (dalam bidang terpilih: cth pemasangan sistem pengairan, pengcahayaan landskap dll)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.