Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan

Sinopsis Program


Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan. Program ini mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi pembinaan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut:

Juruteknik
Penyelia Tapak Bina
Pembantu Juruukur Bahan
Kerani Tapak
Kontraktor
Sub Kontraktor
Usahawan
Pembantu Pelukis Pelan
Juruteknik Operasi Kilang

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.