Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal
Sinopsis Program
Program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal ini merupakan salah satu program peringkat sijil yang ditawarkan di bawah Program Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk pelajar bermasalah pendengaran. Program ini mendedahkan pelajar kepada asas kejuruteraan mekanikal dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas dan bengkel. Program ini menumpukan kepada tiga kemahiran utama iaitu mengimpal, memasang dan menyenggara penyaman udara dan menyenggara kenderaan. Kandungan kursusnya meliputi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Penyamanan Udara, Penyenggaraan Kenderaan, Pemesinan, Penyenggaraan Elektrik dan Lukisan Kejuruteraan. Peluang pekerjaan bagi lulusan ini adalah luas kerana kandungan kursusnya selaras dengan kehendak pasaran kerja di industri.
Prospek Kerjaya
Program ini akan dapat melahirkan tenaga separa profesional dalam bidang mekanikal di worksyop atau industri sebagai:
- Jurukimpal
- Juruteknik Penyaman Udara
- Mekanik Kenderaan
- Jurumesin
- Pengusaha Bengkel
Pekerjaan-pekerjaan tersebut melibatkan tugas-tugas seperti kawalan kualiti, pengeluaran dan pemprosesan, perkhidmatan teknikal, senggaraan serta penyeliaan dan pengurusan. Selain itu, lulusan program ini juga boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan atau keusahawanan.
Syarat Kemasukan