Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video (WBL)

Sinopsis Program


Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam kajian video dan filem dengan penekanan khusus pada teknologi digital. Kursus yang ditawarkan seperti Asas Seni dan Reka Bentuk, Asas Lukisan, Sejarah Seni, Teknologi Video Audio, Penyuntingan dan Penggubahan, Pengajian Filem, Pengenalan kepada Penghasilan Video, Pengarahan Lakonan, Kajian Penyiaran, Fotografi Digital, Kajian Visual, Pengimejan Digital, Tipografi , Pengurusan Acara, Penghasilan Video dalam Pengiklanan dan Drama, Penulisan Skrip dan Sinematografi. Projek Media Video adalah kursus semester akhir, yang menyediakan pengetahuan mendalam untuk membangunkan kemahiran pelajar. 

Pengetahuan dan kemahiran dalam perisian komputer dan peralatan pengeluaran menyediakan pelajar untuk menceburi bidang kerjaya yang luas dalam pelbagai industri penyiaran dan filem. Selain kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Komunikasi, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan Kokurikulum untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam kemahiran insaniah.


Prospek Kerjaya


Graduan program ini layak untuk memegang jawatan dalam jawatan pertengahan atau bekerja sebagai pekerja bebas untuk jawatan seperti:  
  • Penolong Penerbit
  • Barisan Pengeluar
  • Penulis skrip
  • Pengurus Produksi
  • Pengendali kamera/juruvideo
  • Penolong jurukamera
  • Pembantu teknikal
  • Gaffer
  • Pengarah Seni
  • Pereka audio
  • Editor Video


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA(3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU(1) kredit dalam mana-mana matapelajaran; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk Grafik
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Animasi 2D
 Sijil Animasi 3D
 Sijil Fotografi Komersial
 Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
 Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk Multimedia
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 3D- Operasi Sokongan Pengeluaran (IT-055-3:2013)
 Dandanan Rambut Filem & TV Antarabangsa (AC-062-3:2013)
 Fotografi (AC-050-3:2012)
 Operasi Dolly Grip Di Set (AC-064-3:2013)
 Penyeliaan Set Binaan (AC-060-3:2013)
 Penyuntingan Video CGI (IT-064-3:2014)
 Perakaunan Pengeluaran Filem (AC-066-3:2013)
 Perekabentuk Multimedia - Pengarangan (IT-070-3)
 Post Produksi Audio (IT-063-3:2014)
 Pre Rig Lighting Supervision (AC-065-3:2013)
 Produksi Audio (IT-051-3:2011)
 Reka Bentuk Konsep Video/Filem (Kesan Visual) (IT-073-3:2012)
 Rotoscoping (IT-059-3:2014)
 SENIOR PHOTOGRAPHER (PH-010-3)
 Solekan Filem & TV Antarabangsa (AC-061-3:2013)
 Video/ Produksi Filem (Penggambaran) (IT-071-3:2011)
 Video/Filem (Penyuntingan) (IT-072-3:2012)
 Video/Filem (Prop) (IT-074-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

5 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.