Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni (WBL)

Sinopsis Program


Kurikulum Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni merangkumi Sejarah Seni, Asas Seni dan Reka Bentuk, Asas Lukisan, Pengurusan Acara dan Keusahawanan. Program ini juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kursus disiplin seperti Pemikiran Kreatif, Fotografi, Pengimejan Digital, Papan Cerita, Tipografi, Kajian Filem, Ilustrasi Digital, Penyuntingan & Gubahan, Portfolio dan Teknik Persembahan, Reka Bentuk Bunyi, Lukisan untuk Animasi , Prinsip Animasi, Animasi 2D dan 3D, Reka Bentuk Web, Media Interaktif dan Penyelidikan Reka Bentuk. Kursus elektif memberi nilai tambah dari segi pengetahuan, ekspresi dan penghayatan ciri dan nilai seni digital. Namun begitu, Projek pada semester akhir menyediakan kajian yang mendalam untuk meningkatkan kemahiran pelajar yang boleh dikhususkan dalam Animasi 2D dan 3D, Kesan Digital, Multimedia, Reka Bentuk Web atau gabungan beberapa teknik Seni Digital.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran multimedia bersepadu dalam Seni Digital yang boleh diaplikasikan kepada rangkaian kerjaya yang berkaitan dengan industri multimedia, edutainment, infotainment dan hiburan. Pekerjaan yang berpotensi termasuk: Bidang Seni dan Reka Bentuk: Ilustrator Pereka grafik Pereka Kreatif Animasi Jurugambar: Animator 3D Visualizer 3D Animator 2D Artis papan cerita Multimedia & Promosi: Pereka web Pereka Multimedia Editor Video Pereka Bunyi
This programme provides the knowledge and integrated multimedia skills in Digital Art which can be applied to the range of career related to multimedia, edutainment, infotainment and entertainment industries. The potential jobs include: 

Art and Design Field: 
  • Illustrator 
  • Graphic Designer
  • Creative Designer 
  • Photographer Animation: 
  • 3D Animator 
  • 3D Visualizer 
  • 2D Animator 
  • Storyboard Artist 

Multimedia & Promotions: 
  • Web Designer 
  • Multimedia Designer 
  • Video Editor 
  • Sound Designer


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA(3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU(1) kredit dalam mana-mana matapelajaran; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk Grafik
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Animasi 2D
 Sijil Animasi 3D
 Sijil Fotografi Komersial
 Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 SIJIL MULTIMEDIA KREATIF
 Sijil Rekabentuk Multimedia
4Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 3D- Operasi Sokongan Pengeluaran (IT-055-3:2013)
 Fotografi (AC-050-3:2012)
 Penyuntingan Video CGI (IT-064-3:2014)
 Perekabentuk Multimedia – Animasi & Visual (IT-060-3)
 Rekabentuk Grafik (Digital) (IT-058-3:2014)
 Seni Visual Permainan 2D (IT-061-3:2014)
 Seni Visual Permainan 3D (IT-062-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

5 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.