Diploma Reka Bentuk Kraf

Sinopsis Program


Diploma Rekabentuk Kraf (Diploma in Design Craft) melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pereka kraf industri. Program ini bertujuan untuk menghasilkan graduan KREATIF dan INOVATIF yang fokus dan berdedikasi untuk cemerlang dalam bidang rekabentuk kraf serta dapat memenuhi perubahan dalam pembangunan sosial, persekitaran dan teknologi. Graduan dilengkapi dengan kemahiran kepemimpinan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran komunikasi yang berkesan sebagai persediaan untuk menempuhi cabaran pasaran global dalam persekitaran industri dan perniagaan. Antara kursus-kursus teras yang akan dipelajari termasuklah Fundamental of Creative Design, Craft Studies, Wood Properties and Usage, Workshop Skills, Presentation Techniques, Technical Drawing, Craft Making, Craft Finishing, Wood Jointing and Structure, Digital Illustration, Wood Carving Principles and Techniques, Design Craft 1-4, Computer Aided Design, 3D Computer Modelling, 3D CNC Machining dan CNC Machining.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam reka bentuk kraf dan pembuatan. Pelajar mempunyai ruang kerjaya yang luas di dalam industri reka bentuk perabot, industri reka bentuk kraf, industri reka bentuk produk-produk industri, keusahawanan dan juga di dalam sektor kerajaan seperti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pendidikan. Latihan industri yang dilalui dapat menyediakan peluang dan ruang kepada pelajar sebagai persediaan dalam menghadapai dunia pekerjaan kelak. Graduan bidang ini mampu memenuhi jawatan di peringkat pertengahan di dalam organisasi berteraskan sektor industri kraf dan kreatif.

Graduan program ini mempunyai peluang dan laluan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bidang-bidang yang bersesuaian di peringkat sarjana muda adalah seperti:
  • Rekabentuk Industri
  • Teknologi Kayu
  • Rekabentuk Produk
  • Teknologi Perabot
  • Komunikasi Visual dan Media Baharu
  • Teknologi Seni Visual
  • Seni Gunaan dan Kreatif
  • Pendidikan
  • Rekabentuk Dalaman

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana- mana matapelajaran
  7. Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
 Sijil Seni Visual Kreatif

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Politeknik Besut

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.