Diploma Kejuruteraan Kimia

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Kimia telah direkabentuk untuk memenuhi ruang disiplin terkini kejuruteraan kimia dan teknologi kimia. Ini akan memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam pembangunan kerjaya mereka.Program menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing selari dengan perkembangan  teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia. Pendekatan latihan adalah melalui teori and amali seperti pengoperasian bengkel, loji mini, simulasi proses danujikaji di makmal. Secara ilmiah, pengetahuan dalam kejuruteraan kimia terangkum dalam beberapa kursus berkaitan (Kualiti Alam Sekitar dan Kawalan Pencemaran, Tindak balas Kimia, Kimia Organik dan Sains Bahan). Beberapa kursus pengkhususan adalahChemical Reaction Engineering, Plant Engineering Drawing, Chemistry 2, Material Science dan Material Strength. Kursus-kursus seperti Polymer Engineering, Catalyst in Industry and Water dan Wastewater Engineering ditawarkan sebagai kursus elektif untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang disiplin yang berlainan dalam kejuruteraan kimia.

Prospek Kerjaya


Penolong Jurutera / Assistant Engineer
Juruteknik Proses / Process technician
Penolong Pegawai Penyelidik / Assistant Researcher Officer
PenolongPegawai Penguatkuasa / Assistant Enforcement Officer 
PembantuMakmal / Laboratory Assistant
Pemeriksa Kawalan Kualiti / Quality Assurance Inspector
Penolong Pegawa iAlam Sekitar / Environmental Assistant Officer
Penyelia / Supervisor


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.