Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi (Petrokimia) direka bentuk untuk menawarkan bidang kejuruteraan elektrik dan instrumentasi dengan pengkhususan dalam bidang petrokimia.Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam bidang elektrik, instrumentasi dan industri petrokimia. Kursus-kursus asas yang meluas berkaitan kejuruteraan elektrik dan instrumentasi yang merangkumi litar elektrik, pendawaian elektrik, elektronik, reka bentuk bantuan komputer, peralatan, sistem kuasa elektronik, kawalan logik boleh atur cara (PLC) dan sistem kawalan (DCS) menyediakan kepelbagaianpengetahuan dan kemahiran kepada graduan yang menjurus kepada bidang pengkhususan di dalam bidang petrokimia.Selain daripada pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar dalam cara yang bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan keusahawanan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan instrumentasi yang boleh digunakan di dalam pelbagai kerjaya dalam bidang elektrik secara amnya dan dalam bidang petrokimia secara khususnya.  Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari program ini akan membolehkan mereka mengambil bahagian di dalam industri sebagai:

Juruteknik Elektrik
Juruteknik Instrumentasi
Penyelia Kejuruteraan Elektrik
Juruteknik Elektrik dan Instrumentasi di industri Petrokimia
Penolong Jurutera 
Eksekutif Pemasaran


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Penyenggaraan Industri
 Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
 Sijil Servis Kenderaan Ringan
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Pembuatan
 Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
 Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.