Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) telah direkabentuk untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan untuk berkerja sebagai juruteknik dalam industry petroleum dan petrokimia. Program ini membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi pengoperasian loji, penyelenggaraan peralatan, pemeriksaan peralatan dan penyelesaian masalah sesebuah loji.Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui pendekatan secara teori dan secara praktikal dalam perbengkelan loji latihan berskala kecil,simulasi loji proses,dan makmal. Program ini dilaksanakan selama enam semester termasuk satu semester latihan praktikal di industry bagi membekalkan pelajar dengan pengalaman berkerja. Selain daripada kemahiran kejuruteraan, terdapat juga kursus bagi mempelajari kemahiran tambahan seperti kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, etika, keselamatan dan kesihatan pekerjaan,dan keusahawanan bagi menghasilkan pekerja separa mahir yang berkebolehan dan memenuhi spesifikasi keperluan pekerja dalam industry petroleum dan petrokimia.


Prospek Kerjaya


Juruteknik Penyelenggaraan Loji Petrokimia
Penyelia Penyelenggaraan
Juruteknik Penyelenggaraan
Juruteknik Mekanikal
Pembantu Jurutera


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
2Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
 Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.