Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal sebagai seorang juruteknik proses dalam industri  petroleum dan petrokimia yang merangkumi disiplin seperti operasi loji, servis peralatan dan penyelesaian masalah dalam proses loji. Pendekatan pembelajaran adalah secara teori dan praktikal di dalam bengkel, mini loji ,simulasi proses loji dan makmal.


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan proses pengkhususan dalam industry petrokimia yang mana boleh diaplikasikan dengan meluas untuk karier dalam bidang kejuruteraan proses (Petrokimia). Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi dalam program ini akan melayakkan mereka untuk menceburi di dalam pasaran sebagai :

Pembantu Jurutera
Juruteknik Proses
Penyelia Proses
Juruteknik Am


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Penyenggaraan Industri
 Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
 Sijil Servis Kenderaan Ringan
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Pembuatan
 Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
 Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kimpalan
5Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Fire Rescue and Hazard (OG-024-3:2014)
 Jurugegas Gas Kelas I (B-030-3)
 Jurugegas Gas Kelas I (B-031-3)
 Jurugegas Gas Kelas I (FTG3)
 Juruteknik Kanan Instrumentasi Agihan Air (CM-020-3)
 Kawalan Operasi Makmal Minyak, Gas & Petrokimia (OG-030-3:2014)
 Lukisan Kejuruteraan Teknikal Struktur ( Oil & Gas) (OG-020-3:2012)
 Operasi Loji Elektrik(Minyak, Gas & Petrokimia) (OG-013-3:2012)
 Operasi Loji Instrumen(Minyak, Gas & Petrokimia) (OG-014-3:2012)
 Operasi Loji Mekanikal(Minyak, Gas & Petrokimia) (OG-015-3:2012)
 Pemasangan Elektrikal (Minyak & Gas) (OG-026-3:2014)
 Pemasangan Instrumen (Minyak & Gas) (OG-027-3:2014)
 Pemasangan Mekanikal(Minyak & Gas) (OG-028-3:2014)
 Penyelenggaraan Elektrik(Pesisiran Pantai)(Minyak, Gas & Petrokimia) (OG-019-3:2013)
 Penyelenggaraan Instrumen (Pesisiran Pantai)(Minyak, Gas & Petrokimia) (OG-017-3:2013)
 Penyeliaan Penyelenggaraan Mekanikal (Pesisiran Pantai) (OG-018-3:2013)
 Piping Drafting (Oil & Gas)
 WASTE WATER TREATMENT SUPERVISOR (RB-030-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.