Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan

Sinopsis Program


Program Diploma Pengurusan Logistik dan  Rangkaian Bekalan ditawarkan selaras dengan perkembangan industri logistik yang memacu pertumbuhan ekonomi negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar di dalam bidang logistik dan rangkaian bekalan seperti pengurusan logistik, pengurusan inventori, pemasaran antarabangsa, pengurusan operasi, teknologi maklumat logistik dan rangkaian bekalan serta keusahawanan. Maklumat yang terkandung di dalam program ini dapat membantu pelajar  melaksanakan dan mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan industri pengurusan logistik dan rangkaian bekalan.

Prospek Kerjaya


Graduan Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan boleh menceburi bidang kerjaya sebagai :

Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan
Penolong Pengurus Logistik
Penolong Pengurus Pembelian
Penolong Pengurus Import Eksport
Penolong Pengurus Pembekalan
Penolong Pengurus Kargo
Penolong Pengurus Pusat Pengedaran
Penolong Pengurus Kawalan Inventori


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasaran
 Sijil Pemprosesan Data
 Sijil Pengajian Perniagaan
 Sijil Penyimpanan Kira
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Pengoperasian Perniagaan
 Sijil Perkhidmatan Logistik
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 FORWARDING OPERATION SUPERVISOR (FB-011-3)
 LOGISTIC SUPERVISOR (FB-015-3)
 Operasi Penghantaran (FB-011-3:2013)
 Operasi Perkhidmatan Kurier (IL-011-3:2012)
 Operasi Perkhidmatan Pengagihan & Penggudangan (IL-012-3:2012)
 Penyelia Flit (FB-013-3)
 PENYELIA OPERASI PENGHANTARAN (M-020-3)
 Penyelia Setor (FB-012-3)
 Penyeliaan Operasi Logistik (IL-013-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

Politeknik METro Johor Bahru (WBL) - 5 semester
Politeknik lain - 6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.