Diploma Keusahawanan (WBL)

Sinopsis Program


Diploma Keusahawanan di Politeknik direka untuk menghasilkan pencipta kerja dengan
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Ia dibangunkan dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam bidang disiplin, bidang dan sub-bidang kemahiran keusahawanan seperti Asas Keusahawanan, Kepimpinan dalam Keusahawanan, Pembangunan Keusahawanan Digital dan Pengurusan Perniagaan untuk usahawan. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam keseluruhan aspek perniagaan seperti Prinsip Perakaunan, Prinsip Ekonomi, Prinsip Pemasaran dan Undang-Undang Perniagaan.

Melalui program ini pelajar juga diajar kemahiran komunikasi dan pembangunan interpersonal untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam komunikasi dan lain-lain aspek kemahiran insaniah.  Program ini juga member penekanan kepada pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang asas perniagaan, aspek operasi keusahawanan dan bagaimana untuk memenuhi keperluan sebagai seorang usahawan yang berjaya. 

Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan untuk membangunkan perniagaan sendiri yang merangkumi langkah pemulaan, pembiayaan  modal dan incubator perniagaan. Oleh itu graduan Diploma Keusahawanan akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.


Prospek Kerjaya


Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar program ini membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:

• Usahawan
• Intrapreneur
• Usahawan francais
• Perunding
• Pelabur
• Jurulatih dalam pembangunan keusahawanan
• Pengurusan di perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat multinasional
• Sektor swasta


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasaran
 Sijil Pemprosesan Data
 Sijil Pengajian Perniagaan
 Sijil Penyimpanan Kira
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Dandanan Rambut
 Sijil Pengkeranian Akaun
 Sijil Pengoperasian Perniagaan
 Sijil Perakaunan
 Sijil Perakaunan Perniagaan
 Sijil Perkhidmatan Logistik
 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

5 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.