Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) member pengetahuan asas yang luas dalam Kejuruteraan Mekanikal dan pengkhususan bidang Automasi. Pendedahan terhadap kursus teras seperti Sains Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Mekanik Kejuruteraan, RekaBentuk Bantuan Komputer(CAD), Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Mekanikal Amalan Bengkel menyediakan fleksibiliti kepada graduan, dengan menekankan bidang pengkhususan dalam Automasi. Kursus khusus termasuk Sistem Pembuatan, PLC, Automasi Robot Industri, Pengaturcaraan Automasi, Mekanisme Pemindahan Kuasa, Elektronik Kuasa Asas, Sistem Automasi Aplikasi dan Pembuatan Bersepadu Komputer(CADCAM).


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Automasi(Automation) yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industry perkilangan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong Jurutera (Assistant Engineer)
  • Pengeluaran/Perancang Proses(Production/Process Planner)
  • Eksekutif Perolehan(Procurement Executive)
  • Pegawai Kualiti(Quality Officer)
  • Penyelia Mekanikal & Elektrik(Mechanical & Electrical Supervisor)
  • Automasi dan Penyelia Robotik(Automation and Robotic Supervisor)
  • Penyelia Sistem Pengawal(Controller System Supervisor)
  • Automasi dan Pengajar Robotik(Automation and Robotic Instructor)
  • Pakar Teknikal(Technical Specialist)
  • Penolong Teknikal(Technical Assistant)
  • Pereka Automasi(Automation Designer)
  • Pereka Produk(Product Designer)
  • Perkhidmatan Sokongan Teknikal(Technical Support Services)


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Mekanikal Pembuatan
 Sijil Penyenggaraan Industri
2Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
 Sijil Teknologi Kimpalan

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Politeknik Muadzam Shah

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.