Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) direka untuk menampung disiplin yang luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang bahan. Kursus yang ditawarkan dalam bidang asas kejuruteraan mekanikal adalah merangkumi Lukisan Kejuruteraan, Reka Bantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Bengkel Kejuruteraan Mekanikal. Manakala kursus-kursus khusus yang ditawarkan dalam bidang pengkhususan bahan adalah seperti Amalan Bengkel Kejuruteraan Bahan, Makmal Kejuruteraan Bahan, Pemprosesan Bahan, Teknologi Bahan, Metalurgi Fizikal, Ujian Musnah, Ujian Tidak Musnah, Teknologi Polimer, Bahan Komposit dan Termaju dan Kawalan Kualiti. Graduan program ini akan dilengkapi dengan kedua-dua pendedahan pengetahuan teori dan praktikal yang komprehensif berkaitan dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal (bahan) yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri berasaskan Kejuruteraan Bahan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

• Penolong pengawal kualiti (QC) dan jaminan kualiti (QA).
• Penolong penyelidik untuk agensi kerajaan, pusat penyelidikan dan makmal swasta.
• Penolong jurutera / pereka / pemilihan bahan.
• Pembantu / Juruteknik untuk makmal bahan.
• Pembantu makmal Ujian Musnah (DT) dan Ujian Tidak Musnah (NDT).
• Juruteknik penuangan logam.
• Penolong penganalisis sifat bahan.
• Juruteknik pemprosesan, pembuatan dan pengeluaran dalam bidang logam dan bukan logam  
   terutamanya untuk bahan besi dan keluli, bahan plastik, seramik, kaca dan komposit.
• Pembekal / Usahawan peralatan pengujian dan pemeriksa bahan.
• Kerjaya lain yang berkaitan bidang kejuruteraan bahan.


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan;ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejuk Bekuan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Mekanikal Pembuatan
 Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Penyenggaraan Industri
 Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
 Sijil Servis Kenderaan Ringan
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Pembuatan
 Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
 Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Foundri
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
 Sijil Teknologi Kimpalan
5Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 ADVANCED CERAMIC PRODUCTION SUPERVISOR (S-026-3)
 Composite Manufacturing Technology (AC-010-3)
 ELECTROPLATING TECHNICIAN (H-180-3)
 Kawalan Pengeluaran Fabrikasi Peralatan Bertekanan (Logam)
 Operasi Pembuatan Komposit (Aeroangkasa) (MT-010-3:2013)
 Pembaikan Struktur Pesawat-Komposit (TP-076-3:2012)
 Pembuatan Penyaduran Elektrik (MT-030-3:2012)
 Pengeluaran Seramik Termaju (MT-020-3:2014)
 Penyelia Pengeluaran Seramik (MT-021-3)
 Teknologi Pembuatan Komposit (MT-011-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.