Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)

Sinopsis Program


Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) ini mendedahkan pelajar kepada disiplin kejuruteraan mekanikal dari aspek teori dan praktikal dengan pengkhususan tambahan dalam bidang pembungkusan.  Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas.  Kursus pengkhususannya meliputi Prinsip Pembungkusan, Bahan Pembungkusan & Pembuatan, Reka Bentuk Pembungkusan, Pencetakan Untuk Pembungkusan, Operasi Talian Pembungkusan, Pembungkusan Gunaan, Amalan Bengkel Pembungkusan dan Projek.Kursus teras adalah Teknologi Wokshop, Lukisan Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Elektrik, Mekanik Bendalir, Lukisan Terbantu Komputer 1, Thermodinamik, Mekanik Kejuruteraan, Kajidaya Bahan dan Pneumatik & Hidraulik.Kursus elektif yang ditawarkan termasuk Lukisan Terbantu Komputer 2, Kawalan Kualiti, Pengurusan Pengindustrian dan Instrukmentasi & Kawalan.  Kursus umum adalah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pekerjaan Keselamatan & Kesihatan (OSH) dan Keusahawanan.  Kursus Wajib termasuk Pengajian Malaysia, Bahasa Inggeris,Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi & Penyiaran Islam dan Kokurikulum akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembungkusan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri mekanikal dan pembungkusan.  Pelajar akan dapat mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:

Penolong Jurutera
Junior Engineer
Penolong Pengurus Penyelenggaraan
Penolong Teknikal
Juruteknik Makmal
Pengajar Teknikal atau Pensyarah
Eksekutif Jurujual Teknikal
Penyelia
Pegawai Kualiti
Pembantu Logistik
Pembantu Pengurus Pembelian


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan;ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejuk Bekuan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Mekanikal Pembuatan
 Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Penyenggaraan Industri
 Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
 Sijil Servis Kenderaan Ringan
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Pembuatan
 Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
 Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
 Sijil Teknologi Kimpalan
5Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Kawalan Pengeluaran Fabrikasi Peralatan Bertekanan (Logam)
 Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012-3:2012)
 Pembuatan Pembungkusan Kotak Kertas (PG-100-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.