Diploma in Naval Architecture

Sinopsis Program


Diploma in Naval Architecture direka untuk menyediakan pengetahuan dan amalan kejuruteraan yang berkaitan dengan seni bina kapal. Ia juga mengintegrasikan asas dan aplikasi penyelidikan, proses reka bentuk dan prinsip kejuruteraan untuk reka bentuk dan pembinaan kapal marin dan struktur luar pesisir. Senibina kapal juga melibatkan formulasi peraturan keselamatan, peraturan kawalan kerosakan dan kelulusan dan pengesahan reka bentuk kapal untuk memenuhi keperluan berkanun dan bukan berkanun. Aktiviti utama lain termasuk reka bentuk, pengeluaran, penukaran dan pembinaan semula kapal. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas teknik kejuruteraan. Program ini dijalankan selama enam semester yang merangkumi latihan industri pada semester keenam. Program pendidikan dan latihan yang dijalankan tidak hanya direka untuk memenuhi keperluan industri maritim tetapi melebihi tahap minimum kemahiran dan kecekapan yang ditetapkan dalam industri pembinaan maritim antarabangsa termasuk perancangan dan pembinaan kapal, perundingan teknikal dan keselamatan, operasi, pengurusan dan perdagangan serta kejuruteraan luar pesisir.

Prospek Kerjaya


Graduan program Diploma in Naval Architecture boleh bekerja dalam bidang berikut:
  • Arkitek Kapal
  • Perunding senibina kapal dan rekabentuk kapal
  • Perekabentuk kapal dan penyelia pembinaan kapal
  • Superintenden marin
  • Juruukur kapal
  • Pegawai Marin di Jabatan Laut
  • Penolong jurutera di limbungan kapal, industry berat dan loji janakuasa
  • Penolong Pensyarah di Institusi Marin


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Politeknik Bagan Datuk

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.