Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)

Sinopsis Program


Diploma dalam program Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) direka untuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik, dengan penekanan kepada bidang pengurusan tenaga. Asas elektrik dan elektronik yang meluas yang merangkumi prinsip elektrik dan elektronik, asas-asas dan komputer pengaturcaraan, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik, sistem kuasa dan reka bentuk bantuan komputer menyediakan graduan yang serba boleh. Pada akhir program ini, pelajar dilengkapi dengan kursus-kursus pengkhususan termasuk Asas Elektrik Utiliti, Tenaga Boleh Diperbaharui, Pengurusan Tenaga dan Audit dan Kecekapan Tenaga Elektrik Utiliti. Selain daripada pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar dalam cara yang bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan keusahawanan.

Prospek Kerjaya


  • Penolong Pegawai Tenaga
  • Auditor Tenaga
  • Juruteknik Tenaga
  • Penolong Jurutera Tenaga
  • Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
  • Penyelia Kejuruteraan Elektrik
  • Penolong Jurutera
  • Juruteknik Elektrik
  • Sustainability Professional

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana - mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Pemasangan Elektrik
 Sijil Teknologi Elektrik
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik
 Sijil Teknologi Elektrik
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
5Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Electrical Chargeman A0 (Low Voltage) (EE-302-3:2014)
 Electrical Chargeman A1 (Low Voltage) (EE-303-3:2014)
 Electrical Chargeman A4 (Low Voltage) (EE-304-3:2014)
 Juruelektrik (Pendawaian) (EE-310-3 :)
 Juruteknik Elektrik Kanan (C-051-3 :)
 Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Elektrik (C-060-3:)
 Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Elektrikal (EE-130-3:)
 LT Overhead Installation, Operation & Maintenance (EE-211-3:2012)
 Operasi Pembuatan Panel Solar (EE-212-3:2012)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrikal & LED (EE-322-3:2013:)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa (EE-320-3:2012:)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem PV Solar (EE-213-3:2014)
 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019]
 Pencantum Kabel Voltan Tinggi (EE-300-3:)
 Pengamal Pemasangan dan Penyelenggaraan Solar (EE-210-3)
 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (C-030-3 :)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Politeknik Port Dickson

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.