Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan elektronik perubatan. Program ini merangkumi asas kejuruteraan elektrik dan elektronik seperti matematik, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian dan reka bentuk terbantu komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dan serba boleh, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program.  Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah anatomi & fisiologi, amalan sistem perubatan, pengukuran isyarat perubatan, instrumentasi perubatan dan pengimejan perubatan. 

Penggunaan peralatan yang semakin canggih dan kompleks dalam bidang perubatan telah meingkat dengan pesat. Justeru itu, semakin banyak jurutera dan juteknik yang diperlukan seperti memberi khidmat membaikpulih peralatan dan mengendalikan peralatan-peralatan khusus serta mencipta dan membuat peralatan-peralatan perubatan.

Selain daripada penerapan pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, ko-kurikulum, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan dan keusahawanan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan elektronik perubatan yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:

  • Juruteknik Kejuruteraan Bioperubatan
  • Juruteknik Peralatan Bioperubatan
  • Juruteknik Elektronik
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Jurutera
  • Perunding jualan
  • Kakitangan Latihan 

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana - mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Elektrik
 Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
 Sijil Teknologi Telekomunikasi

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.